Selangor perinci pelaksanaan PKPB di Klang

in Khas by

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor akan memberikan pengumuman lanjut berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabdri Yaakob berhubung pelaksanaan PKPB di Klang.

“Saya akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri berhubung pelaksanaan PKPB tersebut.

“Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan beberapa daerah di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran termasuk Klang, Selangor dikenakan PKPB berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam pada Jumaat ini.

Jelas Ismail Sabri, tindakan itu susulan daerah Klang mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang bermula 9 Oktober