PKPB: Kerajaan Selangor beri cadangan kepada MKN

in Khas by

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor telah memberikan maklum balas dan cadangan berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang ketika Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung secara maya pada jam 11 pagi tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan berkenaan disampaikan setelah mendapat maklum balas daripada beberapa agensi dan jabatan sewaktu Mesyuarat Penyelarasan PKPB Daerah Klang sebelum ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bersama dalam sidang khas berkenaan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya bagi mewakili pihaknya.

“Untuk penyelarasan dan keseragaman informasi, MKN di bawah Kerajaan Persekutuan akan mengumumkan perincian pelaksanaan PKPB di Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN PKPB: Parameter kawasan di Klang diketahui esok

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa daerah di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran termasuk Klang, Selangor dikenakan PKPB berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam, Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan bekerjasama sebaik mungkin dengan semua agensi bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

“Kerajaan negeri juga akan terus mengadakan saringan bersasar Covid-19 ke kawasan merah sebagai langkah lanjutan bagi mengawal perebakan wabak ini,” katanya.