FRIM tangguh acara FHR@FRIM2020

in Edisi by

KEPONG – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengambil keputusan untuk menangguhkan acara Forest Heritage Run@FRIM 2020 (FHR@FRIM2020).

FRIM dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, keputusan tersebut dilakukan susulan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di Selangor yang membimbangkan kebelakangan ini.

Menurutnya, program yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini sehingga esok akan ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM di talian 03-62797591 atau 03-62797529 atau 03162797458 atau secara e-mel di FRIM_CCU@frim.gov.my,” memetik kenyataan itu.