PORTAL SINARHARIAN

UCYP laksana konvokesyen secara maya bersama Permaisuri Agong

in Edisi Pahang by

KUANTAN – Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi universiti pertama di negara ini yang berjaya melaksanakan majlis konvokesyen secara maya bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung dalam normal baharu itu dilaksanakan melalui tiga sesi dengan purata kehadiran 50 graduan bagi setiap sesi.

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin berkata, pelbagai inisiatif telah dibincangkan dengan teliti di peringkat pengurusan universiti agar segala persiapan konvokesyen secara maya itu dapat dilaksanakan dengan selamat dan lancar selain meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan sebelum program tersebut dilaksanakan.

“Kami amat peka dengan situasi semasa, justeru, pelbagai inisiatif dan langkah keselamatan telah dibincangkan bersama pengurusan UCYP, terutamanya soal keselamatan dan kesihatan petugas serta graduan.

“Oleh itu, untuk konvokesyen kali ini, ia dibuat secara normal baharu dengan menjadikan asas teknologi hari ini sebagai jalan penyelesaian kepada pelaksanaan majlis ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Program Majlis Konvokesyen Virtual UCYP & KYP 2020, Suhaila Mukhtar berkata, pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia membuka mata semua pihak untuk berfikir secara lebih kreatif.

Menurutnya, kemajuan teknologi telah banyak memberi sumbangan dalam kehidupan seharian.

“Pada majlis konvokesyen virtual (maya) ini, antara teknik yang dipraktikkan termasuk penggunaan suntingan ‘superimposed’ gambar graduan bersama Raja Permaisuri Agong yang juga Canselor UCYP, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Gambar Tuanku Canselor diambil terlebih dahulu di Istana Negara pada 7 Oktober lalu, manakala gambar graduan diambil ketika sesi temu janji fotografi masing-masing di Kampus Utama, UCYP Tanjung Lumpur di sini,” katanya.

Beliau berkata, bersesuaian dengan konsep adaptif yang diterapkan oleh UCYP, konvokesyen berkonsepkan maya itu sememangnya langkah terbaik di samping membudayakan normal baharu dalam kalangan kakitangan dan graduan dengan panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Kesemua sesi majlis konvokesyen virtual (maya) ini berjalan dengan lancar serta menerima pelbagai reaksi positif daripada kakitangan, graduan dan ibu bapa.

“Ia berlangsung selama sembilan hari iaitu pada setiap hujung minggu selama tiga minggu berturut-turut namun tidak melibatkan graduan dari kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Suhaila berkata, sesi konvokesyen maya UCYP untuk tiga sesi itu melibatkan kehadiran seramai 376 graduan.

Latest from Edisi Pahang

Kembali UTAMA