Peruntukan JASA: Anwar simpati dengan Tengku Zafrul

in Belanjawan 2021 by

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz digesa membatalkan peruntukan Belanjawan 2021 bagi penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peruntukan itu ‘terpaksa’ diletakkan oleh Tengku Zafrul dalam Belanjawan 2021 dibentangkan Jumaat lalu.

“(Peruntukan JASA) yang dimasukkan dan peruntukan KPKT RM8.6 juta ini, saya sebenarnya simpati dengan Menteri Kewangan kerana dia bukan orang politik jadi dia letakkan saja.

“Saya nak beritahu menteri kewangan bila jadi macam ini, yang kena jawab menteri kewangan. Jadi sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) turut mencelah agar peruntukan untuk JASA dan PeKT diberikan semula kepada ‘barisan hadapan’ selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)