Covid-19: Satu kes baharu direkodkan di Kelantan

in Edisi Kelantan by

KOTA BHARU – Angka kes koronavirus (Covid-19) di Kelantan terus bertambah dengan satu lagi kes baharu direkodkan hari ini iaitu daripada Kluster Kube.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, pertambahan membabitkan kes ke-198 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes 186.

“Oleh itu orang ramai diingatkan untuk tidak hadir di tempat berisiko dan sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Facebook Jabatan Kesihatan Kelantan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan seramai 15 pesakit masih dalam rawatan dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 198 kes.

Kenyataan tersebut juga memberitahu empat daerah iaitu Machang, Jeli, Kota Bharu dan Tanah Merah masih lagi diisytiharkan sebagai zon kuning.

“Tiada kes sembuh dan discaj yang dilaporkan hari ini,” katanya kenyataan itu.