Mohd Fazley dilantik Ketua Polis Daerah Nilai baharu

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

NILAI – Superintendan Mohd Fazley Abd Rahman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai yang baharu berkuat kuasa semalam.

Lantikan Mohd Fazley bagi menggantikan Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Bencana, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai semalam disaksikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Turut diadakan ialah majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Nilai di antara Sharliana Che Ani dengan Siti Rozaida Aripin dengan disaksikan oleh Pengerusi Perkep Kontinjen Negeri Sembilan, Datin Norlela Idris.

Dalam majlis sama, turut berlangsung pemakaian pangkat Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh sekali gus dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai yang baharu yang disempurnakan oleh Mohamad.