Takwim Penggal Persekolahan 2021 KPM. Mohon semua peka dengan tarikh-tarikh penting ini!

in GPS Bestari by

Takwim Penggal Persekolahan 2021 KPM. Mohon semua peka dengan tarikh-tarikh penting ini!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru sahaja mengemaskini senarai takwim bagi Penggal Persekolahan tahun 2021.

Menurut infografik yang dikongsi menerusi laman facebook Kementerian Pendidikan Malaysia itu, pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 20 Januari 2021 nanti.

Ini senarai penuh bagi takwim berkenaan.

Pembelajaran secara bersemuka pada 20 Januari 2021 akan melibatkan murid 1 hingga Tahun 6 (sekolah rendah); pelajar Tingkatan 1, 4, 5 (2021), 5 (2020) dan 6 (2020) (sekolah menengah).

Pembelajaran secara bersemuka juga akan membabitkan pelajar Kolej Vokasional iaitu DVM dan SVM Semester 2 (2020) dan DVM dan SVM Semester 4 (2020).

Manakala pelajar Tingkatan 2 dan 3 akan mengikuti pembelajaran secara Home Based Learning.

Mereka akan kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021 nanti.

Tarikh kemasukan pelajar ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 pula, akan diumumkan kelak.

Artikel menarik

Sekeping nota kecil ditampal di pintu stor sekolah, khas untuk tukang kebun. Ramai sebak dan terharu

Bukan semudah yang dianggap, jasa pengorbanan sering disalah erti, kesian cikgu…