MBSJ rakam ucapan takziah

in Edisi Selangor KL by

SUBANG JAYA – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin hari ini.

Ucapan takziah dirakamkan oleh Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga kerja Sinar Harian.

“Semoga dipermudahkan urusan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah,” katanya.

Baharom, 54, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pagi tadi selepas mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Pengarang Sinar Harian pada April tahun lepas setelah memegang jawatan kanan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Baharom berjaya angkat Sinar Harian ke tahap membanggakan: Hussamuddin

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharom

[VIDEO] Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia

Pemergian Ketua Pengarang Sinar Harian

Perginya seorang karyawan.

Posted by Sinar Harian on Monday, November 16, 2020