PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

November 2020 - page 168

Warga emas maut, dua lagi cedera diserang lelaki berparang

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

NILAI – Seorang wanita warga emas maut manakala dua wanita lagi cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Putra Point, Bandar Baru Nilai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian pada jam 9.30 pagi itu melibatkan tiga mangsa masing-masing berumur 61, 63 dan 69 tahun.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang berada di sebuah bangunan kosong di kawasan berkenaan telah diserang oleh seorang lelaki berumur 42 tahun dengan menggunakan sebilah parang.

“Berdasarkan siasatan awal, kesemua mangsa dikejar oleh suspek sambil menghayunkan parang dan menyebabkan seorang mangsa yang berumur 63 tahun maut manakala dua lagi cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Nilai berjaya menahan lelaki berkenaan di Jalan Bandar Baru Nilai 1/2E pada jam 12.30 tengah hari tadi.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pemandu lori disyaki bawah pengaruh dadah rempuh 4 kenderaan

in Edisi Terengganu by

KEMAMAN – Seorang pemandu lori yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah merempuh empat kenderaan hingga menyebabkan kerosakan di lampu isyarat KM119 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan (menghala ke Kuantan) di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 petang ketika lori treler jenis Isuzu dari arah Kuala Terengganu menghala Kuantan itu dipandu lelaki berusia 36 tahun.

“Sebaik tiba di lampu isyarat itu pemandu lori yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah datang dari arah belakang telah merempuh keempat-empat kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat di situ.

“Kemalangan menyebabkan MPV jenis Perodua Alza dipandu lelaki berusia 52 tahun; Nissan Grand Livina dipandu lelaki berusia 55 tahun; Toyota Estima dipandu lelaki berusia 33 tahun dan sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 37 tahun mengalami kerosakan di bahagian belakang dan hadapan kenderaan masing-masing.

“Mungkin terkejut dan takut dengan kejadian itu, suspek bertindak melarikan diri sebelum meninggalkan kenderaan dipandunya di tepi Jalan Sri Bandi, di sini iaitu lebih kurang 20 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, hasil risikan dan maklumat, suspek berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru Cheneh di sini, kira-kira jam 8 malam tadi sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif methamphetamine dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.

Nik Abduh pertahan tindakan Mohd Khairuddin

in Politik by

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam selepas gambarnya tular di media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan Mohd Khairuddin itu memberi ‘pencerahan’ kepada orang awam mengenai peraturan memakai pelitup muka.

“Sahabat tanya saya perihal YB Datuk Mohd Khairuddin, Menteri Sawit dan Getah itu, apasal tak pakai pelitup muka sampai kena hentam di ruang maya?

“Saya jawab, baguslah beliau tak pakai. Beliau tunjukkan kita dan bezakan tempat yang sesak yang wajib pakai dari tempat yang tidak sesak yang tak wajib pakai pelitup muka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, perbuatan menularkan gambar menteri terbabit merupakan aktiviti pembodohan terhadap minda rakyat.

“Usah terpengaruh dengan bebudak PH (Pakatan Harapan) yang secara terancang tularkan gambar-gambar YB Menteri yang tak pakai pelitup muka.

“Puji dan kritik hanya benar dan berpahala pada perkara yang benar sahaja,” katanya.

Beliau turut memberikan nasihat bahawa fitnah dan sebaran berita palsu berleluasa di akhir zaman.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa foto Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus tidak memakai pelitup muka ketika menyerahkan sumbangan kepada orang ramai.

Sebelum ini, beliau juga mencetuskan kemarahan orang ramai apabila gagal mematuhi peraturan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki baru-baru ini.

Akibatnya, Mohd Khairuddin dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut namun tidak didakwa di mahkamah selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu dikenakan ke atasnya.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika meranduk laut

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

PORT DICKSON – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba meranduk air laut yang sedang pasang dari Jeti Nelayan Kampung Sungai Sekawang ke Pulau Asam untuk memancing ikan dalam kejadian petang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.18 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Abdullah, 25, datang ke lokasi untuk memancing pada petang kejadian dengan mengharung air ( meranduk) ke pulau tersebut.

“Bagaimana pun, saksi melihat mangsa terkapai-kapai,” katanya ketika sidang akhbar di jeti nelayan Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak semalam melibatkan seramai 35 pegawai dan anggota bomba termasuk 20 orang penyelam.

“Operasi ini membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Telok Kemang dan Port Dickson dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui berikutan kawasan pencarian berlumpur selain penglihatan di dasar terhad,” katanya.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika meranduk laut

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

PORT DICKSON – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba meranduk air laut yang sedang pasang dari Jeti Nelayan Kampung Sungai Sekawang ke Pulau Asam untuk memancing ikan dalam kejadian petang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.18 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Abdullah, 25, datang ke lokasi untuk memancing pada petang kejadian dengan mengharung air ( meranduk) ke pulau tersebut.

“Bagaimana pun, saksi melihat mangsa terkapai-kapai,” katanya ketika sidang akhbar di jeti nelayan Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak semalam melibatkan seramai 35 pegawai dan anggota bomba termasuk 20 orang penyelam.

“Operasi ini membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Telok Kemang dan Port Dickson dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui berikutan kawasan pencarian berlumpur selain penglihatan di dasar terhad,” katanya.

Bajet 2021: Apa anak muda mahu?

in Wacana by
Bajet 2021: Apa anak muda mahu?

Bajet 2021 bakal dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November nanti.

Untuk belanjawan 2020, kerajaan telah memberi penekanan kepada banyak perkara berkaitan anak muda antaranya peluang pekerjaan, gaji minimum, bantuan sara hidup, rumah termasuk peruntukan e-wallet.

Namun adakah kesan serangan wabak Covid-19 tahun ini menyebabkan bajet anak muda ‘lebih sempit’ berikutan kerajaan terpaksa menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara?

Maszlee keluar parti Pejuang

in Politik by

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam.

“Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain.

“Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, pelbagai persoalan timbul apabila kenyataan media dari parti Pejuang bertarikh 1 November dikeluarkan tanpa nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama empat Ahli Parlimen Bebas dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Dr Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak.

“Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis.

“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,” katanya.

Tambah beliau, semua diminta berdoa agar pandemik Covid-19 ini segera reda dan menghilang, selain kehidupan rakyat kembali normal.

“Kita belum menang tetapi kita pasti menang, Insya ALLAH,” katanya.

Mansuh PLS boleh beri impak buruk

in Bisnes by

SARANAN supaya kerajaan memansuhkan dasar pajakan tanah atau Skim Pajakan Persendirian (PLS) dikhuatiri boleh mendatangkan impak buruk terhadap negara dalam jangka masa panjang.

Ini kerana PLS memastikan pemilikan tanah atau hartanah tidak boleh dimiliki sewenang-wenangnya oleh warga asing.

Baru-baru ini, Setiausaha Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong dalam penulisan dalam satu kolum akhbar kewangan telah menyarankan dasar berkenaan dimansuhkan.

Menurutnya, walaupun pajakan tanah dengan tempoh pajakan pendek adalah popular di negara yang terhad tanah seperti Hong Kong dan Singapura, ia adalah berbeza dengan Malaysia yang memiliki banyak tanah.

“Oleh itu kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan tanah di Medini dan Johor Bahru. Dasar PLS hanya mencetuskan banyak kekeliruan ke atas Pesuruhjaya Bangunan, bank-bank dan pasaran hartanah,” kata Kim Loong.

Bagaimanapun, pemerhati industri menyatakan mereka hairan mengapa Kim Loong memberi tumpuan hanya kepada Johor, sedangkan pelaksanaan skim pajakan serupa turut diamalkan di negeri lain termasuk Pulau Pinang.

Tidak berapa lama dahulu, kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan kepada syarikat terutama syarikat multinasional di negeri itu bahawa pajakan tanah perindustrian masing-masing akan dilanjutkan.

Apa bezanya skim PLS di Johor dengan Pulau Pinang?Tiada beza. Malah secara umumnya, skim PLS di Malaysia ini hampir sama dengan skim pajakan tapak (ground rent atau peppercorn rent) di United Kingdom yang membenarkan tanah dipajak dan dimajukan sepanjang tempoh pajakan dan akan dikembalikan kepada pemilik setelah tempoh pajakan berakhir.

Secara ringkasnya, PLS hanyalah satu opsyen atau alternatif diwujudkan untuk membangunkan tanah, bukan bertujuan menggantikan kaedah pembangunan konvensional sedia ada.

Umumnya, ia adalah pilihan kepada sektor swasta yang memiliki kapasiti, kemahuan dan pilihan untuk menyertai PLS menerusi kontrak sah.

Dalam konteks ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dibahaskan mengenai pandangan berkenaan:

1. Kedaulatan negara – Bagi mana-mana negara di dunia, tidak ada kerajaan yang bersedia melepaskan hak milik tanah kepada orang asing. Malah ada kerajaan sanggup mengisytiharkan perang bila tanah diambil orang asing. Mengapa Malaysia wajar menjadi lain daripada yang lain pula mesti melonggarkan peraturan supaya tanah boleh dijual beli kepada sesiapa juga?

2. Kekal dalam tangan Malaysia – Dasar PLS memang diwujudkan sebagai kaedah memastikan tanah atau hartanah negara ini tidak dimiliki orang asing sewenang-wenangnya atau melampau. Dasar pembangunan ini harus juga memahami sentimen rakyat yang ramai tidak ada rumah apatah lagi tanah semata-mata kerana mereka miskin. Tetapi orang kaya, orang asing sesuka hati merampas tanah mereka?

3. Pelaburan bertanggungjawab – Semua pihak mahukan pelaburan asing tetapi ia hendaklah mengikut standard amalan dunia iaitu mengikut peraturan, mengikut syarat dan had. Jika tanah sudah dimiliki orang asing, apa pula tuntutan selepas ini? Kewarganegaraan?

4. Ketelusan – Siapakah dapat menjamin kemasukan dana membeli tanah itu datangnya dari sumber yang boleh disahkan, yang bukan duit daripada ekonomi gelap, disalur oleh sindiket yang akhirnya akan menjual semula aset itu kepada pembida tertinggi. Mahukah kita dimanipulasikan sedemikian rupa?

5. Tanah yang luas – Benar Malaysia masih memiliki tanah yang belum diteroka untuk pembangunan. Tetapi dasar pembangunan yang diamalkan kerajaan ialah pembangunan bersistematik. Tiada tanah saja-saja diteroka, hasil hutannya dijarah tanpa mengutamakan kepentingan rakyat. Begitulah pembangunan tersasar seperti di Medini, Johor yang dirancang rapi memastikan masyarakat sekitarnya mendapat manfaat sama. Apa erti tanah diteroka demi untuk memuaskan orang asing yang ada duit saja?

6. Rumah jadi mahal – Hujah mengaitkan rumah pajak mendorong harga meningkat kerana berebut tanah pegangan bebas agak dangkal. Kenaikan harga ini diketahui umum didorong oleh spekulator dan pelabur berjangka pendek, bukan pembeli tulen yang mahu tinggal di sesuatu rumah.

7. Kecekapan PLS – Berikutan kes tuntutan mahkamah membabitkan Tropika Istimewa iaitu subsidiari Mah Sing, ia memberi implikasi negatif terhadap PLS tetapi tidak bermakna dasar ini harus dimansuhkan sama sekali kerana jika berbuat demikian, tanah negara akan terdedah kepada risiko diambil orang asing. Apa yang diperlukan adalah mengemas kini PLS berdasarkan isu berbangkit.

8. Perluasan PLS – Kelihatannya seperti ada usaha menggambarkan PLS ini satu kaedah yang merugikan rakyat. Dakwaan sedemikian adalah serong kerana matlamatnya mahu melindungi kepentingan rakyat Malaysia supaya tanah dan hartanah tidak dikuasai atau dibolot orang asing.

9. Siapa sebenarnya menentang PLS, rakyat atau pemaju? – Skim ini tidak begitu menarik bagi pelabur hartanah yang mencari keuntungan maksimum semata-mata. Mereka sebenarnya, ada ruang dan peluang yang lain dengan membabitkan diri memajukan hartanah yang tiada sekatan kepentingan di pasaran terbuka, yang mana mereka boleh bersaing dengan membeli dan memajukan tanah yang sedia ada dalam pasaran.

10. PLS kabur? – Saranan pemansuhan PLS oleh HBA untuk tujuan perumahan kerana tidak jelas dari segi tempoh klasifikasi tanah dan jenis pemilikan oleh pembeli. Hal ini boleh dihuraikan menerusi penerangan daripada pihak berkuasa berkaitan.

Perkara ini jika ditolak mentah-mentah, ia hanya membawa kepada pergeseran pendapat.

Bekas Pengerusi SKMM Halim Shafie sertai Axiata

in Bisnes by

AXIATA Group Bhd mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Dr Halim Shafie sebagai Pengarah Bebas berkuat kuasa 1 November.

Syarikat itu juga telah menamakan Syed Ali Syed Salem Alsagoff, penama Permodalan Nasional Bhd dalam Lembaga Pengarah Axiata, sebagai Pengarah Bukan Bebas berkuat kuasa pada hari yang sama.

Halim, 71, merupakan Pengerusi SKMM sejak 2006 hingga 2009 sebelum memegang jawatan Pengerusi Telekom Malaysia dari 2009 hingga 2015.

Beliau kini merupakan Pengerusi MSD Innovation Sdn Bhd, sebuah syarikat pemula niaga yang mengaplikasikan Internet Pelbagai Perkara (IoT) dalam sektor pertanian, selain berkhidmat sebagai profesor adjung di Universiti Utara Malaysia.

Sementara itu, Syed Ali, 45, adalah sebahagian daripada pasukan pemulihan Bumi Armada Bhd antara 2006 dan 2009.

Beliau bertanggungjawab ke atas pelaburan berkaitan minyak dan gas di Ekuiti Nasional Bhd pada 2010-2011.

Pengerusi Kumpulan Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Halim dan Syed Ali adalah dua profesional yang mampu meningkatkan keupayaan lembaga pengarah Axiata dan membawa wawasan baharu yang diperlukan bagi mencartakan pertumbuhan peringkat seterusnya kumpulan.

“Dr Halim merupakan veteran industri yang dihormati, walaupun bersara tetapi terus berada di barisan hadapan hari ini melalui penglibatannya dalam ekosistem pemula niaga teknologi Malaysia.

“Beliau yang telah menyaksikan sendiri evolusi industri telekomunikasi mudah alih tempatan sejak hari pertama dalam dua penggal beliau sebagai Pengerusi SKMM, dan kini mengemudi projek IoT pertanian masa kini, berada di kedudukan yang terbaik bagi memajukan Axiata,” katanya.

Ghazzali berkata, Syed Ali mempunyai latar belakang yang mantap dalam pelaburan mahupun sebagai peneraju pengembangan serantau serta memacu kecemerlangan operasi dalam industri minyak dan gas yang mencabar. – Bernama

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

in Bisnes by

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan sentimen berhati-hati terutama menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadual berlangsung esok, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1560/1600 berbanding dolar AS ketika daripada 4.1530/1570 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, sebahagiannya ialah pendekatan tunggu dan lihat untuk dua acara penting iaitu BNM dan pilihan raya AS, yang akan menentukan berapa banyak rangsangan fiskal dan sama ada akan berlakunya perang dagangan yang baharu dengan China.

“Kedua-duanya amat penting kepada dolar AS berbanding prospek Asia untuk tahun 2021.

“Pergerakan dolar boleh menyokong peningkatan perdagangan global sementara prospek Asia boleh mengembalikan atau menekan risiko geopolitik dalam mata wang Asia,” kata beliau kepada Bernama.

Innes menjangkakan pengurangan 25 mata asas oleh BNM.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0383/0431 daripada 3.0427/0468 ketika ditutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3704/3777 daripada 5.3806/3866.

Ringgit lebih tinggi berbanding euro kepada 4.8376/8439 daripada 4.8470/8529 dan mengembang berbanding yen kepada 3.9689/9748 daripada 3.9757/9814 sebelumnya. – Bernama

Kembali UTAMA