PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

November 2020 - page 169

Beri laluan kepada Warisan: Tok Mat

in Politik by

SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tidak perlu diadakan jika semua parti mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) menyandang semula kerusi berkenaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gesaan itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK berkenaan.

“Ini sebagai menghormati bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk V K Liew dan mengelakkan pilihan raya kecil diadakan waktu ini.

“Jika persefahaman sebegini boleh diusahakan maka kita boleh memberi laluan kepada Warisan dalam PRK Batu Sapi sebagai permuafakatan nasional bagi mengurangkan impak wabak koronavirus (Covid-19) kepada masyarakat. Jika ini berlaku, PRK Batu Sapi tidak diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, permohonan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai alasan dan cara untuk menangguhkan dua pilihan raya berkenaan adalah tidak perlu serta bukan jalan terbaik.

Beliau berkata, beliau memahami kebimbangan Perdana Menteri tentang pengendalian PRK Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam situasi Malaysia masih berdepan dengan suasana pandemik.

“Untuk PRN Sarawak, tempoh matang DUN Sarawak ialah 7 Jun 2021. Jika kerajaan negeri berkhidmat sehingga tamat tempoh tersebut, PRN akan diadakan 60 hari dari 7 Jun 2021. Ini membolehkan PRN Sarawak diadakan dalam bulan Ogos 2021.

“Bayangkan implikasi darurat jika diisytiharkan, hanya untuk mengelakkan PRN Sarawak sedangkan ia boleh diadakan paling lewat 10 bulan akan datang.

“Saya sangat menyakini kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan pastinya beliau akan membuat keputusan terbaik dengan mengambil kira pelbagai dimensi kepentingan umum sebelum membubarkan DUN Sarawak,” katanya.

Mohamad turut menyatakan keyakinannya dengan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya dalam apa pun keadaan dan memastikan demokrasi berjalan dengan sebaiknya.

“Malaysia adalah sebuah demokrasi yang berfungsi dengan baik dan ia mesti terus berfungsi dalam keadaan paling getir sekalipun.

“Justeru, semua pihak mesti menghormati kearifan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menolak darurat, mempertahankan Perlembagaan dan mengiktiraf pencapaian baik kerajaan mengawal pandemik waktu ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Agong adalah terbaik: Tok Mat

Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat

Mesyuarat PN bincang persediaan Parlimen esok: Azmin

in Politik by

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang membabitkan ketua-ketua Whip parti kerajaan hari ini diadakan bagi membincangkan persediaan sesi Parlimen yang akan bersidang di Dewan Rakyat esok.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memaklumkan perkembangan terkini dan persediaan yang perlu dilakukan.

“Ini hanya majlis (mesyuarat) kerajaan membabitkan ketua-ketua Whip kerajaan di mana Perdana Menteri (Muhyiddin) memberitahu perkembangan terkini.

“Beliau juga memberitahu kita perlu bersedia untuk sesi yang akan datang ini. Sekadar kemas kini,” katanya ketika ditemui sebaik selesai mesyuarat bersama ketua-ketua Whip di Hotel Hilton di sini hari ini.

Dalam pada itu, mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin itu diadakan pada jam 3 petang dan selesai dua jam selepas itu.

Muhyiddin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui pemberita di lobi hotel berkenaan.

Beberapa pemimpin lain yang menghadiri mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof

Terdahulu, Muhyiddin sebelum itu mengadakan mesyuarat pra Parlimen di hotel sama dengan pemimpin parti kerajaan.

Antara yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

ARTIKEL BERKAITAN Pemimpin PN mesyuarat pra Parlimen hari ini

Dr Mahathir nafi ada rundingan bentuk kerajaan perpaduan

in Politik by

SHAH ALAM- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau terlibat dalam rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti didakwa susulan gambar pertemuannya dengan beberapa pemimpin tular minggu lalu.

Memetik laporan portal freemalaysiatoday, beliau yang juga Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, ini termasuk pertemuan dengan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang dianggapnya sebagai pertemuan biasa antara rakan.

“Ku Li (Tengku Razaleigh) dulu dalam Kabinet saya. Dia nak jumpa takkan kata tak boleh.

“Mat Sabu (Mohamad Sabu) ini dia selalu datang. Dia jumpa saya tanya pasal politik,” katanya pada program Pejuang di Langkawi malam tadi.

Bulan lalu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dikatakan masih berusaha mengetengahkan idea kerajaan perpaduan selepas gambar pertemuannya dengan Tengku Razaleigh dan Mohamad Sabu dimuat naik di laman sosial.

Sumber yang rapat dengan Dr Mahathir mendakwa, perbincangan itu menyentuh cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan.

Turut dimuat naik gambar pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, pertemuan dengan Zulkifli juga dianggap sebagai biasa.

“Saya jumpa Zulkifli sebab kenal dia dah lama dah. Dulu jadi Mufti Kuala Lumpur.

“Jadi memang kenal dengan dia. Dia datang tunjuk kepada saya buku-buku yang dia tulis berkenaan dengan Covid-19. Itu lah,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan tiada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan pemimpin seperti Mohamad Sabu kerana mendakwa usaha itu dihalang individu tertentu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menjelaskan siapakah individu dimaksudkan itu.

Dr Mahathir pertama kali mencadangkan kerajaan perpaduan bagi menyelesaikan kemelut politik ketika beliau menggalas jawatan Perdana Menteri Interim selepas peletakan jawatannya pada Februari lalu.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan semua ahli politik berhenti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berharap Pejuang dapat didaftarkan dan tiada mainan politik daripada kerajaan.

“Tindakan nak halang parti tak setuju dengan kerajaan adalah tindakan politik. Kita sikit sahaja, kebanyakan bukan wakil rakyat,” katanya.

Jumaat lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memaklumkan permohonan Pejuang belum dapat diselesaikan kerana masih dalam penelitian dan semakan.

RoS berkata, berdasarkan rekod jabatan sehingga 29 Oktober, permohonan Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya dan masih berada dalam sistem eROSES.

Wasiyyah perkenal amanah keluarga Al Mutahabbah

in Bisnes by

KUALA LUMPUR – Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia dari segi aset pelanggan yang bakal diuruskan selepas kematian, mengumumkan pelancaran semula perkhidmatan amanah keluarganya yang dinamakan Al Mutahabbah kepada umat Islam di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad, Ariffin Sabirin berkata, perkhidmatan itu mula diperkenalkanpada 2018 namun dengan perkembangan semasa, ia diperkemaskan lagi dengan pengenalan beberapa ciri yang lebih menarik dan fleksibel namun lebih berkuatkuasa dari segi undang-undang.

Beliau berkata, peranan dan tanggungjawab Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah yang diberi kuasa melalui Akta Pemegang Amanah 1949, juga digunakan sepenuhnya bagi menjayakan modul perkhidmatan Al Mutahabbah.

“Al Mutahabbah ialah perkhidmatan bersifat hibrid yang dibangunkan Wasiyyah Shoppe Berhad khusus untuk segmen pasaran yang bukan sahaja mahukan hartanya diagihkan kepada pihak yang dikehendaki, malah segmen pasaran ini juga inginkan sebahagian harta mereka diurus dan dilaburkan secara profesional,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ariffin berkata, perkhidmatan Al Mutahabbah ini menggabungkan unsur perancangan harta mengikut undang-undang syariah, undang-undang sivil dan metodologi pengurusan harta kontemporari dan profesional berlandaskan undang-undang berkenaan.

“Kami dapat melihat segmen pasaran ini berkembang dengan drastik semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau dahulu tidak ramai orang Islam yang faham tentang perkhidmatan seperti ini, kini mereka mulai terbuka untuk melihat peluang bagaimana harta mereka boleh dilabur dan dikembangkan supaya memberi manfaat kepada generasi mereka pada masa akan datang.

“Mereka juga mahu supaya hasil harta ini boleh digunakan bagi tujuan amal jariah berpanjangan selepas mereka meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya lagi, metodologi kebanyakan pemain pasaran di Malaysia ketika ini masih lagi mengenai bagaimana harta pelanggan diagihkan mengikut instrumen seperti hibah, wasiat, harta sepencarian atau amanah.

“Wasiyyah Shoppe Berhad mengorak langkah berani dengan memenuhi keperluan unik segmen pasaran ini yang belum diterokai oleh mana-mana pihak di Malaysia sebelum ini,” katanya.

Tambah Ariffin lagi, kaedah amanah keluarga ini telah banyak diamalkan di negara-negara maju namun masih sangat baru di Malaysia dan Wasiyyah Shoppe Berhad beraspirasi untuk mewujudkan budaya amanah keluarga ini di Malaysia sepertimana kejayaannya memperkenalkan budaya hibah di Malaysia semenjak 2004.

“Kebiasaannya hubungan waris-waris mulai renggang apabila mereka telah menerima bahagian masing-masing dari harta pusaka yang ditinggalkan.

“Kebaikan utama Al Mutahabbah Wasiyyah Shoppe Berhad ialah waris-waris akan kekal mempunyai hubungan yang rapat dan baik selepas kematian ibu atau bapa kerana mereka perlu kerap berjumpa dan bermesyuarat bagi melaksanakan tanggungjawab bersama yang telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka dalam dalam hal berkaitan pengurusan harta yang ditinggalkan,” katanya.

Bagi tahun kewangannya yang bakal berakhir pada Jun 2021, Wasiyyah Shoppe mensasarkan 2 peratus daripada pendapatan tahunannya akan datang melalui hasil jualan perkhidmatan ini.

Najib bukan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen BN: Annuar Musa

in Politik by

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC), bukan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Demikian kongsi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui ciapan balas di Twitter berhubung pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu menjelang persidangan Dewan Rakyat esok.

Beliau membalas ciapan seorang pengguna yang menyatakan BN membuat keputusan tepat kerana pengalaman Najib mengurus ekonomi amat diperlukan ketika masa mencabar ini.

Laporan The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata, bekas Perdana Menteri itu diberikan peranan utama bermula sidang Dewan Rakyat esok, terutama dalam perbahasan Belanjawan 2021.

“Najib dilantik baru-baru ini menjelang sidang Parlimen supaya beliau boleh mengendalikan wakil rakyat BN di dewan

“Beliau berpengalaman, boleh pengaruhi ahli Parlimen,” kata sumber dalam laporan itu.

Bukan ketua kelab mp bn tetapi Pengerusi BACKBENCHERS CLUB(BNBBC)..kelab ahli parlimen backbenchers bn https://t.co/fnzw9qenPQ

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 1, 2020

Kerajaan NS wujud Pusat Transit Gelandangan pertama

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bakal mewujudkan sebuah Pusat Transit Gelandangan yang pertama di negeri itu bagi memberi perlindungan sementara kepada individu yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pusat transit yang bakal memuatkan 50 gelandangan pada satu-satu masa itu dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Pada masa ini, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi pengoperasian pusat berkenaan yang memerlukan anggaran kos berjumlah RM600,000.

“Kami juga melihat isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini dikhuatiri mungkin akan menjangkiti mereka selain mengelakkan mereka berkeliaran di mana-mana kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan Kempen Derma Darah di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak dua unit rumah banglo dua tingkat akan digunakan bagi menempatkan gelandangan di sebuah lokasi di Seremban dengan segala pengurusan berkaitan pusat itu akan ditanggung kerajaan negeri.

“Peruntukan bagi urusan pusat berkenaan akan dibahaskan dalam sidang pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Nicole berharap, semua ketua rumah ibadat di negeri ini berganding bahu dengan kerajaan negeri dalam memberi sokongan rohani dan mental kepada gelandangan di pusat transit itu pada masa hadapan. – Bernama

Kerajaan NS wujud Pusat Transit Gelandangan pertama

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bakal mewujudkan sebuah Pusat Transit Gelandangan yang pertama di negeri itu bagi memberi perlindungan sementara kepada individu yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pusat transit yang bakal memuatkan 50 gelandangan pada satu-satu masa itu dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Pada masa ini, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi pengoperasian pusat berkenaan yang memerlukan anggaran kos berjumlah RM600,000.

“Kami juga melihat isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini dikhuatiri mungkin akan menjangkiti mereka selain mengelakkan mereka berkeliaran di mana-mana kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan Kempen Derma Darah di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak dua unit rumah banglo dua tingkat akan digunakan bagi menempatkan gelandangan di sebuah lokasi di Seremban dengan segala pengurusan berkaitan pusat itu akan ditanggung kerajaan negeri.

“Peruntukan bagi urusan pusat berkenaan akan dibahaskan dalam sidang pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Nicole berharap, semua ketua rumah ibadat di negeri ini berganding bahu dengan kerajaan negeri dalam memberi sokongan rohani dan mental kepada gelandangan di pusat transit itu pada masa hadapan. – Bernama

SHORTS: Pernah hadapi depresi sistem sokongan penting bantu kami

in Video Shorts by

SHORTS SINAR LIVE 1 NOVEMBER 2020

Kehidupan semakin mencabar saat diuji Covid-19. Statistik menunjukkan bilangan muflis tahun ini juga bertambah. Bagaimana keadaan sukar ini boleh dipulihkan? Ikuti kupasannya bersama Bekas Juruterbang, Khairul Anwar Ajid.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://bit.ly/3jKWWEK

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #Shorts #KitalahMalaysia #KekalNeutral #Belanjawan2021 #BelanjawanMalaysia

SHORTS: Pernah hadapi depresi sistem sokongan penting bantu kami

in Video Shorts by

SHORTS SINAR LIVE 1 NOVEMBER 2020

Kehidupan semakin mencabar saat diuji Covid-19. Statistik menunjukkan bilangan muflis tahun ini juga bertambah. Bagaimana keadaan sukar ini boleh dipulihkan? Ikuti kupasannya bersama Bekas Juruterbang, Khairul Anwar Ajid.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://bit.ly/3jKWWEK

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #Shorts #KitalahMalaysia #KekalNeutral #Belanjawan2021 #BelanjawanMalaysia

Keputusan prerogatif Agong tidak boleh dipertikai di mahkamah

in Wawancara by

WAWANCARA EKSKLUSIF 1 NOVEMBER 2020

Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, keputusan prerogatif yang dibuat Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipertikai di mahkamah. Sebaliknya sekiranya terdapat isu perundangan yang berkait dengan baginda atas urusan sebagai ketua negara, tindakan boleh diambil atas nama Kerajaan Malaysia.

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #WawancaraEksklusif #KitalahMalaysia #KekalNeutral

Kembali UTAMA