PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

November 2020 - page 170

Keputusan prerogatif Agong tidak boleh dipertikai di mahkamah

in Wawancara by

WAWANCARA EKSKLUSIF 1 NOVEMBER 2020

Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, keputusan prerogatif yang dibuat Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipertikai di mahkamah. Sebaliknya sekiranya terdapat isu perundangan yang berkait dengan baginda atas urusan sebagai ketua negara, tindakan boleh diambil atas nama Kerajaan Malaysia.

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #WawancaraEksklusif #KitalahMalaysia #KekalNeutral

Kerajaan galak usahawan muda ternak arnab

in Bisnes by

PERMAISURI – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan terus memberi galakan kepada usahawan muda untuk memperhebat penternakan arnab daging di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, industri itu mempunyai potensi besar walaupun ia bukan komoditi utama negara.

“Sejak akhir-akhir ini, permintaan terhadap daging arnab semakin meningkat dan ia mampu menjadi alternatif kepada sumber protein selain lembu dan kambing.

“Penternakan arnab mempunyai pelbagai kelebihan termasuk pusingan ternakan yang singkat, kos operasi lebih rendah dan memberi pulangan yang cepat dan lumayan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Sempena Seminar Potensi Industri Arnab Pedaging dan Fertigasi Moden Untuk Usahawan Muda di Peladang Setiu Agro Resort di sini, malam tadi.

Menurutnya, populasi terkini arnab di negara ini dianggarkan berjumlah 33,701 ekor meliputi arnab pedaging dan haiwan kesayangan.

“Pengeluaran daging arnab secara purata ialah sebanyak 1,000 kilogram (kg) sebulan dengan harga jualan RM35 sekilogram. Berat arnab biasanya antara 1kg hingga 1.6kg seekor dan arnab sudah boleh disembelih pada umur 60 hingga 90 hari,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya bersama-sama kerajaan negeri akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memajukan industri itu menerusi pelaksanaan beberapa program khidmat nasihat serta menyediakan kursus penternakan.

“Setakat ini kami telah bantu tiga penternak berpotensi melalui Skim Agropreneur Muda dengan menyediakan bantuan sokongan berbentuk kelengkapan penternakan, infrastruktur dan makanan ternakan berjumlah RM60,000.

“JPV juga memberi bantuan baka induk sebagai pengeluar baka selain merancang membina sebuah rumah sembelih arnab berstatus halal di daerah Kuala Nerus,” katanya.

Tambahnya, produk berasaskan daging arnab seperti burger, arnab perap, arnab bakar, sate arnab dan produk lain sentiasa mendapat permintaan tinggi.- Bernama

Hadiah menarik menanti pengunjung Aman Central

in Bisnes by

ALOR SETAR – Aman Central menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu kereta untuk pelanggan sempena Kempen Ulang Tahun ke-5 pusat membeli-belah terkemuka itu.

Melalui tema Wonderful 5.0, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM300 dalam gabungan dua resit di mana-mana outlet di Aman Central untuk menebus satu borang peraduan.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Ken Chin berkata, kempen itu bermula sejak 30 Oktober 2020 hingga 28 Februari 2021.

“Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang untuk anda menang.

“Wonderful 5.0 turut menawarkan hadiah daripada pelbagai jenama terkenal seperti The Face Shop, Laneige, Himalaya, Innisfree, HLA, Texas Chicken dan Ecobrown,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Ulang Tahun ke-5 Aman Central kelmarin.

Menurutnya, tawaran hadiah hebat lain seperti barangan eksklusif, beg tangan terkini, jam, produk kecergasan dan kesihatan serta beg melancong turut menanti pemenang bertuah.

Tambah Ken Chin, objektif Wonderful 5.0 ialah menggalakkan penjualan runcit sambil menyumbang kembali kepada masyarakat melalui jualan amal.

“Sebagai tanda terima kasih khususnya kepada pelanggan setia Aman Central, kami turut memperkenalkan program Aman Central Wonderful 5.0 Charity melalui jualan koleksi empat tudung eksklusif edisi terhad yang melibatkan beberapa pereka terkenal,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyumbang kepada kerja amal ini boleh membeli tudung edisi terhad pada harga RM89.90 dan tote beg eksklusif pada harga RM55.50 di kaunter Concierge, tingkat bawah Aman Sentral serta platform media sosial.

“Hasil jualan akan disumbangkan ke rumah kebajikan dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI),” katanya.

Tambah menarik, 300 penyertaan pertama akan menerima produk eksklusif Himalaya dan baucar Texas Chicken manakala 500 penyertaan seterusnya akan menerima payung istimewa dan kotak simpan barangan dalam bonet kenderaan.

Beliau berkata, hadiah bulanan turut disediakan kepada lima pemenang bertuah iaitu produk kecantikan eksklusif jenama The Face Shop bernilai RM250 setiap satu.

Dalam pada itu, Aman Central terus menyasarkan untuk menjadi destinasi membeli-belah terunggul dan terulung di wilayah Utara meskipun dengan cabaran pandemik Covid-19.

1 168 169 170
Kembali UTAMA