Pas, Bersatu akan mohon menghadap selepas mesyuarat

in Berita by

IPOH – Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam masa terdekat.

Menurut sumber Pas Perak, ketika ini sedang berlangsung mesyuarat khas antara pimpinan kedua-dua parti di Kuala Lumpur.

“Bukan kita tak mahu menghadap Sultan Nazrin, tapi kita tangguhkan dahulu kerana pimpinan masih mengadakan mesyuarat.

“Selepas mesyuarat, kita akan memohon untuk menghadap baginda bagi mempersembahkan keputusan mesyuarat yang dicapai,” katanya yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Sinar Harian, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Pas tak jadi menghadap Sultan Nazrin

Sultan Perak titah semua ADUN Bersatu, Pas menghadap

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang juga ADUN Gunung Semanggol mengesahkan bahawa semua wakil rakyat dari parti itu tidak menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, di sini hari ini.

Selain Razman, Pas turut diwakili ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.