PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2020 - page 5

Memburu mahligai impian

in Wacana Quran by

Pernikahan adalah gerbang indah bagi setiap pasangan. Ketenangan dan kedamaian menjadi angan dan cita-cita.

Bagaimana pula lumrah konflik mampu dihadapi dengan tenang dan perkahwinan dapat terus dilayari dengan bahagia bersama keluarga? Hayati bimbingan al-Quran dalam Wacana Al-Quran.

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 47, secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Jom masuk syurga sekeluarga

in Wacana Quran by

Kemuncak kebahagiaan hakiki adalah sekeluarga dapat berkumpul semula di syurga.

Meraih nikmat ini memerlukan perjuangan yang tidak berkesudahan selagi berada di dunia.

Ayuh rangkul keluarga bersama menuju syurga dengan suluhan Kalam Ilahi melalui Wacana Al Quran.

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 50, secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Rumah Tangga: Bertahan atau berpisah?

in Wacana Quran by

Konflik yang meruncing menjadikan pasangan berada di persimpangan dilema antara terus bertahan atau berpisah.

Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Apakah jalan yang harus dipilih ketika jiwa tertekan berdepan situasi ini?

Bagaimana wahyu menyuluh apakah keputusan yang terbaik?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 49, secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Angkara suami derhaka

in Wacana Quran by

Isu suami derhaka, nusyuz atau zalim dalam kehidupan rumah tangga ibarat api dalam sekam.

Makin dibiarkan makin melarat yang membawa kemusnahan dalam hidup berkeluarga.

Apa pendekatan al-Quran dalam menangani isu tersebut?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 48, secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Kongsi kasih: Mampukah adil?

in Wacana Quran by

Realiti poligami ada manis dan ada pahitnya.

Wajarkah justifikasi sunnah menjadi alasan kasih boleh dikongsi?

Bagaimana Al Quran menuntun agar keadilan dalam rumahtangga dilaksanakan demi meraih reda-Nya?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 46, secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Edisi Resolusi: Bahana seksual alam siber

in Wacana Quran by
Edisi Resolusi: Bahana seksual alam siber

Alam siber seronok diterokai. Namun tanpa panduan ia boleh sesat.

Bahan seksual dalam dunia tanpa sempadan ini menjadi “lubuk” pelayar yang hilang sasar sehingga menimbulkan bahana diri dan orang lain.

Apa solusi daripada al-Quran?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 45, secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

‘Kopek Isu 2020’ kuasakan suara netizen

in Kopek Isu by

‘Kopek Isu 2020’ kuasakan suara netizen

2020 CUT!

Sepanjang tahun 2020 ini Kopek Isu berjaya mendapat tempat di hati pelayar Sinar Harian, jadi untuk penghujung tahun ini kami kongsikan kepada anda sedutan episod yang mendapat tontonan paling tinggi di Facebook Sinar Harian.

Muzik: https://artlist.io/

#SinarHarian #KopekIsu #KitalahMalaysia #KekalNeutral

‘Kopek Isu 2020’ kuasakan suara netizen

in Kopek Isu by

‘Kopek Isu 2020’ kuasakan suara netizen

2020 CUT!

Sepanjang tahun 2020 ini Kopek Isu berjaya mendapat tempat di hati pelayar Sinar Harian, jadi untuk penghujung tahun ini kami kongsikan kepada anda sedutan episod yang mendapat tontonan paling tinggi di Facebook Sinar Harian.

Muzik: https://artlist.io/

#SinarHarian #KopekIsu #KitalahMalaysia #KekalNeutral

Sultan Kedah kurnia sembilan set bantuan keperluan belajar

in Edisi Utara by

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan sembilan set bantuan keperluan belajar kepada sekolah terpilih dalam satu majlis di Istana Anak Bukit di sini pada Ahad.

Majlis kurniaan sumbangan itu adalah yang pertama kali diadakan dengan mengurniakan Televisyen Pintar (Smart TV), Komputer Riba dan Saluran Astro (Rancangan TVIQ dan TUTOR TV) agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih menarik, interaktif serta selari dengan perkembangan semasa.

Sultan Sallehuddin bertitah, warga pendidik termasuk para pelajar hendaklah tabah dan terus berusaha walaupun dalam keadaan yang mencabar serta sukar ketika ini.

“Warga pendidik boleh diibaratkan sebagai lilin yang memberikan cahaya dan menerangi jiwa para pelajar dalam membentuk seorang pemimpin pada masa hadapan.

“Penyertaan syarikat-syarikat korporat, konglomerat, pertubuhan-pertubuhan serta individu di negara ini untuk turut sama membantu warga pendidik dan para pelajar dengan memberikan bantuan dalam menaiktaraf kemudahan pembelajaran bagi memastikan sesi pembelajaran dapat dilaksanakan secara atas talian,” titah baginda.

Dalam perkembangan sama, Sultan Sallehuddin bertitah, semua sekolah yang menerima bantuan ini dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang dikurniakan baginda bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

“Dengan kurniaan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terhad kepada pembelajaran secara bersemuka, malah para guru dan pelajar dapat memanfaatkan kecanggihan teknologi bagi sesi pembelajaran secara maya serta mempelajari ilmu-ilmu baharu yang dapat dicapai melalui aplikasi teknologi,” titah baginda lagi.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin yang mengurniakan beg dan pakaian sekolah kepada sembilan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Kedah untuk disampaikan kepada sekolah serta pelajar yang memerlukan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ahmad Shukri Shafie, menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan yang tidak disangka-sangka itu.

“Kami amat terharu atas keprihatinan baginda Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Kedah serta Keluarga DiRaja Baginda kerana memahami keperluan warga pendidik dan pelajar dalam meneruskan sesi pengajaran serta pembelajaran dalam situasi mencabar ini,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Lelaki maut, kereta terbabas langgar belakang treler

in Edisi Pahang by

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori treler di Kilometer 4,Jalan Bentong ke Gombak,Ahad.

Dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa, K Anantha Raj, 24, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati kereta yang dipandu mangsa dari arah bandar Bentong menuju ke Gombak dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke seberang jalan sebelum melanggar lori treler yang berada di tepi jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang berasal dari Bentong itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Akibat kemalangan itu, hampir keseluruhan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk manakala lori tersebut hanya mengalami sedikit kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Zaiham berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

“Kita juga meminta saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

1 3 4 5 6 7 43
Kembali UTAMA