PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

January 2021 - page 95

40 papan tanda haram usang diturunkan

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

REMBAU – Sebanyak 40 papan tanda usang dan iklan haram diturunkan oleh penguat kuasa Majlis Daerah Rembau dalam Ops Papan Tanda Haram pada Khamis.

Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR), Mohamad Najib Mustafa berkata, tindakan tersebut dilakukan bagi mendidik dan memberi pengajaran kepada pemilik papan tanda yang terlibat.

Katanya, penguatkuasaan dilakukan secara menyeluruh termasuk menurunkan papan tanda usang milik kerajaan.

“Beberapa notis dikeluarkan kepada pemilik yang dikenalpasti namun tiada tindakan lanjut dikenakan ke atas pemilik papan tanda serta tiada sebarang kompaun dikenakan buat masa ini.

“Tindakan dilaksanakan berdasarkan Undang-Undang Kecil Iklan (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan ) 1992,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambahnya, MDR masih memberi peluang kepada pemilik untuk memohon permit dan kebenaran membina daripada MDR dan Jabatan Kerja Raya.

Kata Mohd Najib, sekiranya pemilik ingin menuntut kembali papan tanda mereka yang dirampas, kompaun kesalahan sebanyak RM250 akan dikenakan.

“Kita menasihatkan kepada mana-mana pihak yang ingin memasang papan tanda iklan, dapatkan dahulu kebenaran daripada PBT, jangan sesuka hati pasang kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Sita 18 tangguk tangan bagi kegiatan curi anak kerang

in Edisi Selangor KL by

SEKINCHAN – Pejabat Perikanan Daerah (PPD) Sabak Bernam menyita 18 tangguk tangan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri anak kerang di perairan Sabak Bernam.

Menerusi status dimuat naik di Facebook Jabatan Perikanan Selangor memaklumkan, seramai lima kakitangan PPD Sabak Bernam menjalankan serbuan itu di Jeti Kampung Nelayan Sungai Besar di sini, pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, serbuan pada jam 3 pagi itu merampas tangguk tangan yang masih mengandungi sisa anak kerang dianggarkan bernilai RM3,600.

“Kita mengesyaki wujud aktiviti mencuri anak kerang di perairan berkenaan,” kata kenyataan terbabit.

Bagaimanapun kenyataan itu memberitahu, kesemua individu terlibat sempat melarikan diri ke arah laut menggunakan sampan dan membawa anak kerang yang disimpan dalam guni.

JPJ keluar 25,039 saman tahun lalu

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

SEREMBAN – Sebanyak 25,039 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 28,946 kesalahan juga dikesan hasil pemeriksaan ke atas 49,245 kenderaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 19,763 kenderaan dikenakan tindakan.

“Antara kesalahan yang paling tinggi melibatkan kategori pelesenan kenderaan, iaitu 9,855 kes manakala bagi kes pelesenan pemandu sebanyak 9,107. Bagi kesalahan teknikal pula sebanyak 6,620 dan 3,364 pula kesalahan lebih muatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Ambang Tahun Baru 2021 di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan) Aminurrahim Mohamed.

Tambahnya, melalui Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dan Unit Penguatkuasaan Lebuhraya (UPLR) mengesan kesalahan paling tinggi iaitu tidak memakai tali pinggang keledar dan melanggar lampu isyarat merah iaitu 1,671 kes.

Sementara itu, dalam Ops Sempena Ambang Tahun Baru semalam, JPJ merekodkan sebanyak 405 kesalahan daripada 677 kenderaan yang diperiksa.

Katanya, sebanyak 255 telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Tambahnya, sntara kesalahan yang paling banyak berkaitan pelesenan pemandu iaitu 246, pelesenan kenderaan (101), teknikal (49) dan lain-lain kesalahan (9).

“Dalam operasi ini juga, seramai dua individu ditahan oleh AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) kerana positif dadah dan pihak polis pula turut mengeluarkan 26 saman atas pelbagai kesalahan yang dikesan,” katanya.

Operasi selama dua jam di Jalan Senawang tu disertai seramai 158 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, AADK, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Khatam al-Quran hiasi malam tahun baru

in Edisi Kelantan by

PASIR PUTEH – Masjid Mukim Padang Pak Amat di sini menghiasi malam sambutan tahun baharu 2021 dengan menganjurkan Majlis Khatam al-Quran.

Imam Satu, Abu Husain Radzi berkata, penganjuran julung kali itu bertujuan menyuburkan lagi bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat supaya terus menjadikan kita suci itu sebagai rutin harian dan mendalami maksudnya.

“Hal ini kerana, al-Quran mengandungi pelbagai manfaat termasuk memacu kehidupan manusia,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurutnya, program tersebut telah menarik penyertaan remaja seawal usia 13 tahun dan warga emas berumur 90 tahun.

Beliau berkata, majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat memohon supaya dunia segera dipulihkan daripada pandemik Covid-19.

“Turut diadakan ceramah motivasi al-Quran oleh Pemegang Sanad Qiraat A’sim Tertinggi dan Qiraat 10 Sughro, Ahmad Zamzami Che Daud dan solat Isyak berjemaah sebagai acara penutup,” katanya.

Abu Husain berkata, penganjuran tersebut mengikut prosedur operasi standart (SOP) bagi mencegah Covid-19 dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal selain menulis nama pada buku rekod kehadiran.

1 93 94 95
Kembali UTAMA