Safiq kembali sertai JDT

in Sukan by

TEKA-teki mengenai destinasi pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim akhirnya terjawab apabila beliau kembali bersama Johor Darul Ta’zim untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.

Perkara itu disahkan menerusi satu video pendek yang dimuat naik laman facebook rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers (JST) pada Rabu.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memuat naik komen ringkas di laman Instagram JST mengalu-alukan kepulangan semula Safiq.

“Welcome Home SR8. 8 for mission 8,” tulis Tunku Ismail.

Karier Safiq bersama Harimau Selatan cukup gah apabila membantu pasukan itu menjulang Piala AFC 2015, Liga Super 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018, Piala FA 2016 serta Piala Malaysia 2017.

Selepas meninggalkan JDT pada penghujung musim 2018, bekas pemain kebangsaan itu menyertai Melaka United selama dua musim.