PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

February 2021 - page 126

Arnab ‘kayangan’ ubah hidup pemandu bot pelancong

in Berita Semasa by
Arnab ‘kayangan’ ubah hidup pemandu bot pelancong

BERITA SEMASA 1 FEBRUARI 2021

Percubaan berani seorang anak muda yang hilang pekerjaan disebabkan Covid-19 mengusahakan penternakan arnab berstatus ‘kayangan’ dari baka New Zealand Red dan Carlifornia membuahkan hasil apabila ia menjana pendapatan lumayan, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Muzik: Bensound

#SinarHarian #SinarVideo #Arnab #Pelancong #Ternakan #Kelatan

Rebut hadiah wang tunai RM150,550 menerusi PKPNimsXSinar

in Bisnes by

Bermula 1 Februari hingga 14 April depan, pembaca Sinar Harian berpeluang merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,550 dengan menyertai peraduan PKPNimsXSinar.

NIMS ADELICIOUSZ berbesar hati menganjurkan peraduan dengan kerjasama Sinar Harian sempena pelancaran produk edisi istimewa dan sebagai penghargaan kepada penggemar produknya.

Pengasas NIMS ADELICIOUSZ, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, inilah masa untuk NIMS ADELICIOUSZ ‘memberi semula’ kepada pelanggan sebagai penghargaan kerana menyokong produk keluarannya selama ini.

“Dalam keadaan pandemik yang memberikan kesan kepada semua orang. NIMS berharap penganjuran peraduan seperti ini akan dapat memberikan motivasi kepada kita semua untuk kekal positif menjalani kehidupan norma baharu.

“Pelanggan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan asalkan memenuhi syarat peraduan yang ditetapkan. Pemenang kategori hadiah utama akan ditentukan berdasarkan cabutan bertuah. Setiap peserta diingatkan untuk sentiasa peka dengan perkembangan NIMS,” katanya kepada Sinar Harian.

NIMS ADELICIOUSZ, produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, tampil dengan inovasi terbaharu melalui produk edisi terhad iaitu Siri Pelangi yang bakal berada di pasaran pada bulan Februari hingga April depan dan terhad

kepada 700,000 unit sahaja.

“Istimewanya keluaran edisi khas ini adalah bijirin yang kami hasilkan sendiri berasaskan warna-warna pelangi digandingkan bersama coklat putih premium.

“Bungkusan keluaran ini juga adalah inspirasi daripada warna-warna pelangi dan boleh dijadikan sebagai koleksi,” katanya.

Imbau sejarah

Bermula dengan jualan kecil-kecilan ketika menjadi pelajar universiti, kini produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin keluaran NIMS ADELICIOUSZ yang diusahakan Tengku Norhanim sudah mampu berdiri gah di pasaran.

Beliau turut berkongsi kisah di sebalik kejayaan pasaran produk makanan ringan tersebut yang kini mampu melahirkan ramai usahawan di bawahnya.

NIMS ADELICIOUSZ diusahakan bersama suaminya, Faiz Hussamuddin sejak tahun 2014 dan telah melalui beberapa inovasi sebelum berada pada tahap sekarang.

Katanya, produk seumpama itu juga merupakan makanan hipster yang menjadi tular ketika itu dan amat dekat dengan golongan remaja.

“Saya sendiri amat menggemari coklat. Coklat adalah makanan yang menggembirakan. Boleh kata setiap orang memang menyukai coklat lebih-lebih lagi golongan remaja seperti saya ketika itu.

“Malah orang dewasa juga sukakan coklat walaupun tidak semua. Jadi ketika itu saya mula memperkenalkan produk namun dengan bentuk bungkusan dalam balang kaca iaitu Adeliciousz Crispy Choco Jar.

“Pada 2019, kami melakukan penjenamaan semula dengan penambahbaikan pengeluaran dan pembungkusan. Dalam tempoh 7 tahun ini kami sudah mampu beroperasi dengan kilang sendiri,” katanya.

Pada tahun sama NIMS ADELICIOUSZ mengeluarkan produk inovasi daripada konsep Crispy Choco Jar kepada Crispy Choco Tub.

6,500 stokis, ejen

Tengku Norhanim berkata, permintaan terhadap produk keluaran NIMS ADELICIOUSZ begitu memberangsangkan.

Sehingga kini seramai 6,500 stokis dan ejen sah turut sama bergerak bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Semua usahawan di bawahnya dilatih dengan strategi dan tunjuk ajar secara berkumpulan untuk memperkukuhkan pasaran produk.

NIMS ADELICIOUSZ menawarkan empat jenis bijirin bagi Crispy Choco Tub, dua jenis biskut bagi Crispy Choco Kiss (biskut celup coklat) dan Crispy Choco Bar sebagai pengeluaran bermusim khas untuk perayaan Aidilfitri sahaja.

“Apa yang menjadi keistimewaan produk kami adalah penggunaan bahan-bahan yang berkualiti dan premium khususnya adunan coklat.

“Dengan bungkusan terkini dalam tub plastik juga memudahkan pelanggan kerana boleh dibawa ke mana sahaja,” katanya.

Katanya, NIMS ADELICIOUSZ sentiasa menjadi trendsetter dalam inovasi makanan snek berasaskan bijirin dan coklat, mahu terus bergerak ke depan dengan mempelbagaikan lagi pengeluarannya.

1 124 125 126
Kembali UTAMA