PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

April 2021 - page 3

Program bersih pantai jadi tarikan pelancong

in Edisi Terengganu by

MARANG – Persekitaran pantai Kelulut di sini yang biasanya sunyi berubah ceria dan meriah dengan pemasangan lebih 80 api jamung dan pelita bersempena program Bersih Pantai Ramadan yang berlangsung malam tadi.

Suasana di pantai pelancongan itu bagaikan mengimbas semula kenangan ketika zaman 1960-an yang mana penggunaan elektrik masih belum meluas menyebabkan rakyat Terengganu bergantung sepenuhnya pada api jamung dan pelita untuk melakukan pelbagai aktiviti pada waktu malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, program Bersih Pantai Ramadan itu berpotensi menjadi tarikan pelancongan negeri pada masa akan datang.

“Konsep program ini sangat unik kerana ia menghidupkan semula tradisi lama penduduk Terengganu dan secara tidak langsung membuktikan Ramadan bukanlah tempoh untuk umat Islam bermalas-malas dalam menjaga kebersihan.

“Kerajaan negeri berharap program inisiatif Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ini dapat dicontohi oleh daerah lain supaya kebersihan pantai sepanjang 244 kilometer di negeri ini sentiasa terjaga untuk keselesaan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau aktiviti gotong-royong itu yang turut dihadiri Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di sini malam tadi.

Program itu yang baru diperkenalkan tahun ini melibatkan lebih 40 peserta di lima lokasi pantai pelancongan di Marang selepas solat tarawih untuk bergotong-royong mengutip sampah seperti botol plastik, kaca, kayu serta sisa-sisa buangan yang dihanyutkan ombak.

Ia bermula pada 15 April lepas di Pantai Rhu Renggeh, Rusila diikuti Pantai Angin Berbisik, Merchang (23 April), Pantai Kelulut (27 April), Pantai Pulau Kekabu (3 Mei) dan Pantai Jambu Bongkok (7 Mei).

Sementara itu, Tun Ahmad Faisal berkata program itu bertujuan mendidik komuniti setempat supaya sentiasa mengutamakan kebersihan di lokasi pelancongan dan tidak menjadikan Ramadan sebagai alasan kebersihan pantai terabai.

“Jumlah peserta juga tidak ramai kerana kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan ini membuktikan aktiviti gotong-royong tidak perlu dilaksanakan dalam skala yang besar namun ia berjaya memberi impak yang sangat positif.

“Masa yang diambil untuk gotong-royong juga tidak terlalu lama kerana kita faham kekangan waktu yang ada pada Ramadan namun sekiranya ia dilaksanakan secara konsisten, pasti mampu menonjolkan imej Marang sebagai lokasi pelancongan yang bersih dan menjadi tarikan ramai,” katanya.

Beberapa peserta yang ditemui Bernama pula mengakui teruja dengan suasana indah yang melatari aktiviti gotong-royong itu kerana ia pertama kali diadakan tahun ini.

Mohd Azimi Mohd Delana, 18, berkata, beliau menyertai aktiviti itu bersama lapan rakannya selepas dipelawa oleh Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru yang mahu generasi muda turut menyumbang tenaga untuk membersihkan pantai.

“Memang cantik sangat pemandangan pantai malam ini. Ramai yang bertanya di mana lokasi saya berada selepas melihat gambar dan video yang saya muat naik di WhatsApp dan Instagram,” katanya yang mahu mengajak lebih ramai rakan menyertai program itu pada masa akan datang.

Bagi Marzuki Ismail, 60, pemasangan api jamung dan pelita itu mengubat kerinduannya terhadap kenangan ketika masih kecil dan berharap program itu akan diteruskan pada masa akan datang sebagai pendedahan kepada generasi muda agar terus menghargai warisan budaya Terengganu.

“Program ini perlu diperhebatkan kerana ia mampu menarik kedatangan pelancong yang mahu merasai pengalaman istimewa pada Ramadan di Marang pada masa akan datang,” katanya. – Bernama

Tarbiyah Ramadan: Kenapa 30 hari?

in Wacana Quran by

Diri dibiasakan dengan didikan menahan lapar dan dahaga, bertadarus di sepanjang Ramadan.

Adakah cukup sekadar sebulan itu diri terdidik? Bagaimana mengekalkan hasil tarbiyah di bulan tersebut selepas itu? Apa panduan daripada al-Quran dan Hadis?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 121, di semua platform media sosial Sinar Harian.

Tarbiyah Ramadan: Kenapa 30 hari?

in Wacana Quran by

Diri dibiasakan dengan didikan menahan lapar dan dahaga, bertadarus di sepanjang Ramadan.

Adakah cukup sekadar sebulan itu diri terdidik? Bagaimana mengekalkan hasil tarbiyah di bulan tersebut selepas itu? Apa panduan daripada al-Quran dan Hadis?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 121, di semua platform media sosial Sinar Harian.

Tarbiyah Ramadan: Kenapa 30 hari?

in Wacana Quran by

Diri dibiasakan dengan didikan menahan lapar dan dahaga, bertadarus di sepanjang Ramadan.

Adakah cukup sekadar sebulan itu diri terdidik? Bagaimana mengekalkan hasil tarbiyah di bulan tersebut selepas itu? Apa panduan daripada al-Quran dan Hadis?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 121, di semua platform media sosial Sinar Harian.

Tarbiyah Ramadan: Kenapa 30 hari?

in Wacana Quran by

Diri dibiasakan dengan didikan menahan lapar dan dahaga, bertadarus di sepanjang Ramadan.

Adakah cukup sekadar sebulan itu diri terdidik? Bagaimana mengekalkan hasil tarbiyah di bulan tersebut selepas itu? Apa panduan daripada al-Quran dan Hadis?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 121, di semua platform media sosial Sinar Harian.

PKPB: Sabah kekalkan kebenaran rentas daerah ikut zon

in Edisi Sabah Sarawak by

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah mengekalkan kebenaran rentas daerah mengikut enam zon ditetapkan walaupun negeri ini bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Selasa.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, sehubungan itu penduduk negeri ini hanya dibenarkan merentas daerah dalam zon yang telah ditetapkan sebelum ini.

Zon Satu — Daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar

Zon Dua — Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang

Zon Tiga — Kudat, Kota Marudu dan Pitas

Zon Empat — Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod

Zon Lima — Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan

Zon Enam — Keningau, Tambunan dan Tenom.

“Keputusan mengekalkan prosedur operasi standard sedia ada itu juga bagi mempercepat pemulihan sektor ekonomi selagi mana ia tidak menghalang usaha membanteras penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam Selasa.

Majlis Keselamatan Negara pada Selasa mengisytiharkan Sabah ditukar status kepada PKPB berkuat kuasa Khamis ini hingga 17 Mei depan berikutan peningkatan zon merah di negeri ini.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkenaan Covid-19 berkata, sebanyak 82 kes baharu positif dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 57,829, manakala jumlah pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 140 orang menjadikan jumlah kumulatif 56,305 orang.

Beliau berkata, lapan daerah di Sabah berada dalam Zon Merah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kunak, Sandakan, Papar, Putatan dan Kinabatangan. – Bernama

30 peniaga ingkar dikompaun

in Edisi Terengganu by

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengeluarkan kompaun terhadap 30 peniaga kerana didapati telah melakukan pelbagai kesalahan.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, daripada jumlah itu 13 peniaga dikompaun kerana gagal meletakkan tanda harga dan 10 lagi menggunakan alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan.

“Selain itu, kita turut mengeluarkan enam kompaun kerana peniaga gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu manakala seorang lagi peniaga dikompaun kerana menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum ditetapkan.

“Sebelum tindakan kompaun ini diambil, teguran dan amaran telah diberikan terlebih dahulu kepada para peniaga, namun masih ada yang ingkar dalam mematuhi penetapan harga maksimum,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut Saharuddin berkata, kompaun keseluruhan sebanyak RM3,150 itu dikeluarkan dalam tempoh enam hari pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 21 April lalu.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya telah memeriksa 453 premis di seluruh Terengganu bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Sehubungan itu katanya, para peniaga diingatkan supaya beretika dalam menguruskan perniagaan dan tidak melanggar peraturan.

“Bagi penternak, pengeluar, pemborong dan peruncit pula, kita berharap mereka mematuhi penetapan SHMMP Hari Raya Puasa 2021 dan tidak menaikkan harga secara mendadak selepas berakhirnya pelaksanaan skim ini,” katanya.

Khemah dalam kebun kelapa sawit jadi lokasi sembunyi dadah

in Edisi Terengganu by

HULU TERENGGANU – Taktik licik tiga lelaki menjadikan sebuah khemah di dalam kebun kelapa sawit sebagai lokasi persembunyian dadah terbongkar setelah diserbu sepasukan polis dalam operasi di Kampung Padang Setar, Kuala Berang, di sini pada Isnin.

Tiga lelaki berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun itu ditahan dalam Ops Jihad Dadah diketuai Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Ismail bersama anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu sekitar jam 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, hasil pemeriksaan ke atas beg berzip warna hitam di atas lantai dalam khemah terbabit menemui dadah jenis heroin seberat 15.38 gram dan lapan biji pil kuda seberat 1.02 gram membabitkan nilai keseluruhan RM1,880.

Katanya, barangan tersebut dirampas pihak polis manakala kesemua suspek dibawa ke IPD Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Lokasi ketiga-tiga suspek ditangkap adalah tempat persembunyian dan tempat tidur mereka pada waktu malam.

“Hasil risikan awal mendapati ketiga-tiga suspek adalah penagih tegar dadah jenis heroin dan pil kuda di mana suspek pertama adalah tokan kepada penagih-penagih di sekitar kawasan kampung berhampiran.

“Suspek biasanya akan keluar dari tempat tidur dan masuk ke kawasan di sekitar Kampung Padang Setar, Kuala Berang pada sebelah siang,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Mohd Adli berkata, suspek pertama kes itu berusia 35 tahun mempunyai lima rekod lampau jenayah dadah manakala suspek kedua dan ketiga berusia 39 dan 38 tahun dipercayai menjadi budak suruhan serta mempunyai dua dan tiga kes lampau dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah jenis heroin dan methamphetamie.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 April hingga 2 Mei depan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB),” katanya.

Lupus harta haram: Bagaimana?

in Wacana Quran by
Lupus harta haram: Bagaimana?

Dilema apabila harta yang dikumpulkan daripada sumber tidak patuhi syariah dan buntu bagaimana untuk menyelesaikannya?

Apa solusi untuk menyucikan harta haram agar amal ibadah diterima ALLAH SWT? Apa suluhan daripada al-Quran dan Hadis?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 120, secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

1 2 3 4 5 39
Kembali UTAMA