PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

April 2021 - page 5

Sedekah kalis seksa kubur

in Wacana Quran by

Bersedekah dan berinfaq sangat digalakkan di bulan Ramadan. Bagaimana kita dapat mencontohi Rasulullah SAW yang amat suka bersedekah melebihi angin berhembus?

Cukupkah amalan sedekah kita menjadi kalis seksa kubur? Apa panduan al-Quran dan Hadis?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 119, di semua platform media sosial Sinar Harian.

Sedekah kalis seksa kubur

in Wacana Quran by

Bersedekah dan berinfaq sangat digalakkan di bulan Ramadan. Bagaimana kita dapat mencontohi Rasulullah SAW yang amat suka bersedekah melebihi angin berhembus?

Cukupkah amalan sedekah kita menjadi kalis seksa kubur? Apa panduan al-Quran dan Hadis?

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 119, di semua platform media sosial Sinar Harian.

Wanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar

in Hiburan by

LOS ANGELES – Seorang pembikin filem dari China, Chloe Zhao mencipta sejarah apabila menang anugerah kategori Pengarah Terbaik Anugerah Academy kali ke-93 atau juga dikenali sebagai Oscar melalui filem berjudul Nomadland pada Ahad.

Beliau yang berusia 39 tahun menjadi wanita kedua dalam sejarah Oscar memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik selepas Kathryn Bigelow yang mengondol kategori tersebut pada tahun 2010 melalui filem The Hurt Locker.

Dilahirkan dalam keluarga kaya China yang kaya, Zhao meninggalkan China semasa masih remaja untuk belajar di sebuah sekolah asrama sebelum menamatkan pendidikan di Los Angeles dan New York.

“Jadi, ini (anugerah tersebut) adalah untuk sesiapa yang mempunyai kepercayaan dan keberanian untuk memegang kebaikan dalam diri masing-masing,” katanya pada anugerah itu yang diadakan ketika pandemik Covid-19 seperti dilaporkan oleh AFP.

Filem Nomadland dihasilkan berdasarkan buku bukan fiksyen hasil karya Jessica Bruder tentang penduduk Amerika yang tinggal di dalam van pada zaman Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat (AS).

Zhao sebelum ini pernah mengarah filem seperti Songs My Brothers Taught Me diterbitkan pada tahun 2015 dan menceritakan tentang seorang remaja yang tinggal di kawasan tanah rizab penduduk Indian Pine Ridge di Dakota Selatan, AS.

Filem itu memenangi beberapa anugerah pada festival filem antarabangsa dan beliau kemudian mengarah filem The Rider pada tahun 2017 dan diterbitkannya yang menceritkan tentang kehidupan seorang penunggang kuda liar di AS.

Ia juga memenangi Anugerah Sinema Seni Terbaik dalam Festival Filem Cannes di Perancis pada Mei 2017. – Agensi

Sungai Buluh paling tercemar di Malaysia

in Edisi Johor by

PASIR GUDANG – Usaha memulihara Sungai Buluh dalam Kawasan Industri Pasir Gudang yang kini dikategorikan sebagai sungai paling tercemar di negara ini perlu segera dilakukan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, perancangan jangka panjang dan pendek dalam memulihara sungai tersebut harus dirangka.

Jelasnya, ini kerana sungai itu sudah berada pada tahap kritikal dan gagal ditangani dengan berkesan oleh pihak yang berkaitan.

“Sungai Buluh yang mengalir di tengah-tengah kawasan industri disifatkan sebagai ‘sungai mati’. Airnya berwarna hitam pekat dengan bau busuk dan meloyakan.

“Itu belum lagi dibuat kajian tentang keadaan airnya. Usaha menghidupkan Sungai Buluh perlu dilakukan dalam mencapai pembangunan yang mapan dan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Hassan Karim dan Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pasir Gudang di Taman Siera Perdana di sini pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Menurut Laporan Kualiti Alam Sekitar (EQR) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini, Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di sini berada dalam kategori kelas lima atau sungai mati, selain

Sungai Buluh turut disenaraikan sebagai sungai paling tercemar di Johor serta salah satu daripada lima sungai yang paling tercemar di Malaysia.

Hassan berkata, pencemaran di sungai tersebut telah berlaku sejak 1970-an akibat aktiviti industri di kawasan sekitarnya dan sudah banyak dilaporkan namun sehingga kini keadaannya masih sama.

Beliau meminta pihak industri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pegawai Daerah Johor Bahru dan Exco Kerajaan Johor supaya mengambil tindakan bersepadu bagai menyelamatkan sungai itu.

Katanya, selain pihak terbabit, masyarakat juga perlu bertanggungjawab menjaga sungai itu dengan tidak membuang sampah sarap ke sungai dan sekiranya dipulihkan berpotensi dijadikan kawasan rekreasi.

Tindakan tegas akan diambil: Hazani

in Edisi Sabah Sarawak by

KOTA KINABALU – Tindakan tegas akan diambil terhadap penduduk yang menyertai perhimpunan protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan itu termasuk kemungkinan semua yang ditahan akan dikenakan kompaun sehingga maksimum RM10,000.

“Apa yang dilakukan kumpulan berkenaan jelas melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.

“Kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 terpakai untuk semua kategori PKP,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, tindakan yang diambil itu berdasarkan Ordinan Darurat yang dilaksanakan dan ia untuk keselamatan orang ramai.

Kampung Muhibbah adalah salah satu lokaliti yang dikuatkuasakan PKP dan menyebabkan semua penduduk di kampung berkenaan tidak dibenarkan keluar sehingga menjejaskan sumber pendapatan orang ramai.

Penguatkuasaan PKP itu yang sepatutnya tamat pada Jumaat bagaimanapun dilanjutkan sehingga 8 Mei depan ekoran keadaan peningkatan kes yang signifikan.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu menyebabkan beberapa individu bertindak menganjurkan perhimpunan aman pada Sabtu bagi menunjukkan protes kepada keputusan yang dibuat pihak berkuasa.

Bagaimanapun, susulan daripada perhimpunan itu, seramai enam individu ditahan kerana didapati melanggar SOP.

Kayu cengal rahsia keenakan nira kelapa

in Edisi Terengganu by

KUALA NERUS – Keratan kayu cengal yang diletakkan di dalam bekas tadahan nira kelapa berfungsi sebagai bahan pengawet semulajadi yang memberikan aroma istimewa serta dapat memastikan minuman itu tahan lebih lama dan tidak masam.

Penyadap nira, Harun Ali, 65, berkata, pelbagai kaedah digunakan bagi memastikan kualiti cairan manis yang diperoleh daripada mayang kelapa itu terjaga sebelum melalui proses tapisan untuk membuang mendapan keladak yang terkumpul.

“Biasanya penyadap nira kelapa akan menggunakan beberapa jenis kayu untuk diletakkan di dalam bekas tadahan. Ada juga yang guna kayu pokok gajus bergantung kepada citarasa masing-masing.

“Saya pula lebih gemar menggunakan kayu cengal kerana air nira yang terhasil lebih sedap. Jika tidak diletakkan kayu ini air nira akan cepat rosak dan rasanya masam,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Harun, Ramadan kali ini merupakan tahun ketiga dia menjalankan perniagaan nira kelapa di kediamannya di Kampung Padang Hangus di sini.

Katanya, air nira yang dijualnya asli dan tiada campuran bahan lain seperti tambahan air kelapa bagi mendapatkan kuantiti banyak seperti segelintir dijual di pasaran.

“Air nira kelapa original hanya diperoleh daripada mayang kelapa dan tidak ditambah bahan lain. Rasanya juga lebih sedap,” katanya.

Harun berkata, sebanyak 10 hingga 15 botol nira kelapa seberat 500 mililiter (ml) setiap satu dijual pada harga RM5 habis dijual setiap hari.

“Sudah menjadi kelaziman setiap kali Ramadan, kebanyakan penggemar nira kelapa akan mendapatkan minuman itu untuk dijadikan penyejuk badan selepas seharian berpuasa.

“Saya tidak menang tangan untuk menyediakan nira kelapa. Sebab itulah setiap kali Ramadan saya fokus untuk menjual air nira. Hari biasa pun ada tetapi bergantung kepada permintaan,” katanya.

Menurutnya, proses penyediaan air nira yang segar daripada pohon kelapa memakan masa sekitar setengah jam bagi mendapatkan kuantiti sekitar 500ml hingga 1 liter.

Katanya, proses itu dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.

“Proses yang agak rumit ketika permulaan untuk memilih bahagian mayang kelapa yang sesuai yang akan mengeluarkan cecair ditoreh.

“Mayang kelapa yang muda dan bersaiz sederhana akan diikat selama seminggu sebelum boleh dibuka untuk mendapatkan airnya,” katanya.

Pelajar tingkatan lima maut kemalangan babitkan tiga kenderaan

in Edisi Terengganu by

KEMAMAN – Seorang pelajar tingkatan lima maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 330.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, menghala ke Kuala Terengganu, di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Muhammad Amirul Aiman Ruzailan, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di keseluruhan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga kenderaan terlibat iaitu dua buah motosikal jenis Yamaha Y15Z dan sebuah lori jenis Isuzu Hicom, yang dalam perjalanan dari arah sama iaitu dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15Z melanggar bahagian belakang lori Isuzu Hicom tanpa sebarang muatan yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun.

“Akibat pelanggaran kuat itu, mangsa tercampak dan jatuh ke kanan jalan iaitu lebih kurang 15 meter dan secara kebetulan semasa itu motosikal jenis sama ditunggang lelaki berusia 27 tahun berada di belakang.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak sebelum melanggar motosikal mangsa yang berada di tengah jalan.

“Insiden itu menyebabkan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan patah kaki kiri dan di bawa ke Hospital Dungun bagi mendapatkan rawatan susulan, bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Hanyan berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

1 3 4 5 6 7 39
Kembali UTAMA