PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

May 2021

Sebutan semula kes Neelofa, suami ditangguh 23 Jun ini

in Mahkamah by

Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris memasuki pekarangan Mahkamah Majistret bagi proses pendakwaan berhubung pelanggaran SOP PKPB pada 20 Mei lepas. – Foto Bernama

SEREMBAN – Sebutan semula kes usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) di sebuah kedai karpet di Nilai, awal bulan ini ditangguhkan pada 23 Jun ini.

Peguam pasangan itu M Haresh berkata, pengurusan kes itu sepatutnya disambung semula Jumaat ini tetapi ditangguhkan oleh mahkamah susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bermula esok hingga 14 Jun ini.

“Mahkamah Majistret Seremban menetapkan 23 Jun sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, dekat sini pada 2 Mei lalu.

Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Mengenai perkembangan mengenai dakwaan Noor Neelofa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada 20 Mei lalu, Haresh berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB

Polis siasat Neelofa tidak pakai pelitup muka

Neelofa selesai beri keterangan tidak pakai pelitup muka

Lokasi PKRC-ILP Pengkalan Chepa disahkan selamat

in Edisi Kelantan by

KOTA BHARU – Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu Pengkalan Chepa di sini dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) ke-14 di Kelantan yang terletak berhampiran kawasan taman perumahan.

Pusat kuarantin sejauh 50 meter dan berhadapan dengan taman perumahan itu disahkan sebagai jarak selamat kepada penduduk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PKRC berkapasiti 278 pesakit itu menggunakan katil penuntut dan mula beroperasi pada Isnin (hari ini).

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, setakat jam 3 petang, PKRC itu sudah menerima kemasukan 54 pesakit positif Covid-19 kategori satu dan dua.

“Lokasi yang menempatkan pesakit di bangunan tiga tingkat di bahagian belakang dalam jarak 200 meter dari pagar institusi.

“Virus Covid-19 bersifat ‘airborne’ empat jam dari jarak empat meter dan selamat antara penempatan penduduk di sini,” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke PKRC-ILP Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, Dr Mohd Zurairie menasihatkan penduduk supaya tidak keluar, kerap cuci tangan dan kekal duduk di rumah ketika ‘total lock down’ bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, PKRC itu juga pertama yang menempatkan Individu Bawah Pengawasan (PUS) Covid-19 bersama pesakit yang sudah pun disahkan positif.

“PUS adalah kontak rapat pesakit positif yang akan ditempatkan di tempat paling atas di tingkat tiga bangunan yang mempunyai 70 katil.

“PUS yang disahkan positif akan terus diturunkan ke tingkat bawah manakala yang negatif akan discharge dalam tempoh 10 hari pengawasan,” katanya.

Tambah beliau keperluan itu mendesak apabila enam Stesen Kuarantin (QS) di seluruh Kelantan penuh manakala PKRC tersebut juga dijangka penuh kurang dari tempoh 24 jam.

“Keadaan sekarang juga, kita kekurangan tenaga manusia. Di PKRC ini yang sepatutnya menempatkan enam petugas kesihatan tetapi kini hanya tiga.

“Mereka bergilir bertugas mengikut shif dan on call bagi memastikan pesakit terjaga selain pada masa sama kami mencari lokasi bersesuaian di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Puteh untuk membuka PKRC baharu,” katanya.

Remaja ditahan terlibat kes pecah kedai, rumah

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

JEMPOL – Polis berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sekitar Pusat Perniagaan Kiara Square, Bahau awal pagi Isnin selepas dipercayai terlibat kes pecah masuk kedai dan rumah baru-baru ini.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis Bahau kira-kira jam 2 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki terlibat dengan kes pecah kedai dan rumah antara 26 Mei hingga Isnin.

“Dalam tempoh tersebut, terdapat 11 kes dilaporkan kepada pihak polis. Bagaimanapun setakat ini suspek mengaku terlibat dalam empat kes di sekitar Bahau dan Batu Kikir,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Chang Hook berkata, susulan penangkapan suspek, polis berjaya menjumpai dan merampas pelbagai peralatan dan barang kes berjumlah kira-kira RM28,000.

“Antara alatan dan barang kes tersebut adalah sebatang besi kuku kambing, skru driver panjang, motosikal jenis Honda Ex5, wang tunai berjumlah RM308, dan beberapa barangan perhiasan wanita berwarna emas.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula Isnin dan siasatan awal kes di bawah Seksyen 6(1) Akta Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya,” katanya.

Sarawak selaraskan pelaksanaan PKP hingga 14 Jun

in Edisi Sabah Sarawak by

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan untuk menyelaras tarikh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak sehingga 14 Jun, berbanding pengumuman sebelum ini sehingga 11 Jun.

JPBN dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) am yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pusat telah diteliti dan pihaknya mengambil keputusan untuk meneruskan pelaksanaan PKP sedia ada dengan menambah beberapa syarat.

“Penggunaan zon dalam kawasan PKP ditukar kepada daerah, kapasiti individu dalam kenderaan persendirian termasuk pemandu dihadkan kepada dua orang sahaja, di samping penambahan atau penyesuaian pada senarai perkhidmatan perlu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, JPBN juga memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di 12 lokaliti bermula 2 hingga 15 Jun susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan terlibat.

PKPD itu melibatkan 11 rumah panjang (Rh) dan sebuah sekolah rendah di Tanjung Manis, Mukah iaitu Rh Mut anak Merom @ Bohom; Rh Sana anak Changgai; Rh Jimbun anak Saging; Rh Bon anak Depa; Rh Empading anak Edi; dan Rh Jaapar anak Anyut.

Rumah panjang lain ialah Rh Jebat anak Talak; Rh Puso anak Lunak; Rh Nyalau anak Engkamat; Rh Noh anak Bin; Rh Damat anak Enggie; dan Sekolah Kebangsaan Stalun.

Pada Isnin juga menyaksikan Sarawak mencatatkan kes kematian harian tertinggi iaitu 10 orang dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini mencecah 47,329 setelah 645 kes baharu dilaporkan.

Empat daripada kes kematian itu direkodkan di Hospital Miri, masing-masing dua di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu serta masing-masing satu di Hospital Kapit dan Hospital Sri Aman. – Bernama

Sebutan semula kes Neelofa, suami ditangguh 23 Jun ini

in Mahkamah by

SEREMBAN – Sebutan semula kes usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) di sebuah kedai karpet di Nilai, awal bulan ini ditangguhkan pada 23 Jun ini.

Peguam pasangan itu M Haresh berkata, pengurusan kes itu sepatutnya disambung semula Jumaat ini tetapi ditangguhkan oleh mahkamah susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bermula esok hingga 14 Jun ini.

“Mahkamah Majistret Seremban menetapkan 23 Jun sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, dekat sini pada 2 Mei lalu.

Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Mengenai perkembangan mengenai dakwaan Noor Neelofa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada 20 Mei lalu, Haresh berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB

Polis siasat Neelofa tidak pakai pelitup muka

Neelofa selesai beri keterangan tidak pakai pelitup muka

Edisi Khas Al-Quds: Siapakah umat Al-Isra?

in Wacana Quran by

THUMBNAILS WAQ AL QUDS-01 (1)

Janji Allah bahawa al-Aqsa akan dibebaskan dan dikuasai oleh umat Islam pasti terjadi. Tetapi siapakah mereka dan apa ciri-ciri yang Allah tetapkan?

Dan siapakah umat Al-Isra’? Ikuti pembongkaran solusi al-Quran dan Hadis mengenai isu tersebut hari ini.

Ayuh saksikan Edisi Khas Al-Quds: Formula kejayaan 7 surah Musabbihat: Siapakah umat Al-Isra?

Hanya 12 jemaah dibenar solat fardu di masjid, surau di Perak mulai Selasa

in Edisi Perak by

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan hanya 12 orang jemaah dibenarkan solat fardu berjemaah di masjid dan surau di negeri ini sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang dikuatkuasakan mulai Selasa ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, arahan tersebut akan berkuat kuasa mulai solat Subuh pada Selasa dengan jumlah terbatas kepada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah sahaja.

Menurutnya, perkara itu dititahkan baginda setelah mengambil maklum sembah nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak serta Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

“Bagi solat Jumaat pula, hanya dibenarkan dilaksana di masjid dan Surau Diri Jumaat. Bilangan jemaah seramai 12 orang terbatas kepada pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah.

“Semua program pengimarahan di masjid dan surau ditangguhkan manakala aktiviti pengurusan masjid dan surau pula hanya boleh dilaksanakan secara maya,” katanya menerusi Siaran Media MAIPk mengenai aktiviti keagamaan semasa PKP 3.0 di Perak pada Isnin.

Sementara itu, Mohd Zaini berkata, bagi solat Jenazah pula, seramai 12 orang jemaah termasuk imam boleh mendirikan solat jenazah berkenaan.

Menurutnya, bagi tempat mengadakan solat Jenazah di hospital mesti berpandukan nasihat pihak hospital atau pegawai kesihatan manakala jenazah yang meninggal di rumah ditentukan oleh waris samada dilaksanakan di rumah, masjid atau surau.

Dalam pada itu, Mohd Annuar berkata, baginda menzahirkan ingatan rakyat memahami tahap keseriusan penularan wabak dan turut mengambil tanggungjawab membantu usaha memutuskan rangkaian jangkitan.

Menurutnya, Sultan Nazrin turut menyeru rakyat menunjukkan simpati kepada petugas barisan hadapan yang berada dalam keletihan terutama petugas perubatan dan kesihatan dengan mematuhi SOP ditetapkan.

Edisi Khas Al-Quds: Siapakah umat Al-Isra?

in Wacana Quran by
Edisi Khas Al-Quds: Siapakah umat Al-Isra?

Janji Allah bahawa al-Aqsa akan dibebaskan dan dikuasai oleh umat Islam pasti terjadi. Tetapi siapakah mereka dan apa ciri-ciri yang Allah tetapkan?

Dan siapakah umat Al-Isra’? Ikuti pembongkaran solusi al-Quran dan Hadis mengenai isu tersebut hari ini.

Ayuh saksikan Edisi Khas Al-Quds: Formula kejayaan 7 surah Musabbihat: Siapakah umat Al-Isra?

1 2 3 19
Kembali UTAMA