‘Ambil sahaja, semuanya percuma’

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

SEREMBAN – Masyarakat yang berada di sekitar Mambau dan Rasah yang memerlukan barang keperluan harian boleh berkunjung di Pejabat MCA Cawangan Kampung Baru Mambau untuk mendapatkan makanan percuma.

Ketua Biro Kempen Masyarakat Sivil MCA, Ng Kian Nam berkata, pihaknya bersama Syarikat Sky Ladder Farm, Lukut menyediakan gerobok makanan bagi memudahkan masyarakat setempat mengambil barang keperluan seperti roti, biskut, beras, dan bihun.

“Gerobok makanan ini bagi membantu mereka yang memerlukan, ambil sahaja mengikut keperluan tanpa perlu mengisi borang. Datang, ambil dan balik,” katanya selepas meninjau kerja-kerja penyediaan bekalan makanan di Kampung Baru Mambau pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Urusan Sky Ladder Farm, Datuk Lee Mok Foong.

Tambahnya, beliau juga mengalakkan mana-mana individu berkemampuan turut sama memberi sumbangan dalam gerobok makanan ini.

Kian Nam turut menggalakkan lebih ramai penyumbang supaya banyak keluarga dapat dibantu.

“Slogan kita, ‘Ambil sahaja jika perlu dan sumbang sahaja jika mampu’, diharap dapat meringgankan mereka yang terkesan sejak pandemik Covid-19 ini.

“Buat masa ini tempat ini akan dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang,” katanya.