Varian delta: Ancaman sistem negara

in Wacana by

Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes COVID-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster).

Isu keperluan pemberian dos ketiga kini menjadi perhatian selepas beberapa kajian mendapati antibodi yang terhasil daripada beberapa jenis vaksin, akan berkurang dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Namun perlu diingatkan, vaksin yang dicipta sebelum ini berdasarkan varian asal Wuhan, justeru vaksin yang akan dihasilkan untuk dos ketiga akan dicipta mengikut varian baru.

Ada pandangan, dos ketiga wajar dipertimbangkan hanya selepas program imunisasi yang sedang berjalan lengkap dan kumpulan yang berisiko tinggi seperti warga emas boleh dipertimbangkan.