Misteri jenis ‘ hidupan asing’ di pantai Australia

in Global by

BRISBANE – Sejenis makhluk ganjil yang terdampar di sebuah pantai di Australia baru-baru ini kemungkinan merupakan ubur-ubur tomato.

Sebelum ini heboh diperkatakan tentang apakah sebenarnya makhluk itu yang kelihatan ‘lembik’ dan berbentuk seperti protoplasma itu.

Makhluk itu pada mulanya ditemui dekat Pantai Kemp, Yeppoon di Queensland baru-baru ini.

Gambar makhluk itu kemudian dihantar dan disiarkan di laman Facebook sebuah pertubuhan haiwan Australia.

Ketika para pengguna sibuk memberikan cadangan tentang identiti makhluk asing itu, seorang pengguna media sosial akhirnya memberitahu bahawa ia kemungkinan ubur-ubur tomato.

Hidupan laut itu pada kebiasaannya ditemui di Lautan Hindi dan Pasifik.

Ubur-ubur itu tidak berbisa kepada manusia.

Namun, ia boleh menyengat manusia yang menyentuh hidupan laut tersebut.

Walau apapun, identiti sebenar makhluk asing itu masih belum diketahui setakat ini. – Agensi