PKPD dua lokaliti di Pahang ditamatkan esok

in Koronavirus by

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan dua lokaliti di Pahang akan ditamatkan pada Rabu mengikut jadual.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, penamatan PKPD di Pahang melibatkan Kampung Tementong, mukim Cheka 1, Lipis.

“PKPD juga akan ditamatkan di lokaliti Kampung Orang Asli Kuala Boh, Pos Menson, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Rodzi turut mengumumkan bahawa tiada pelaksanaan dan pelanjutan PKPD pada Selasa.