Honor lancar telefon pintar baharu Honor 50

in Bisnes by

HONOR Malaysia akan melancarkan telefon pintar baharu, Honor 50 pada 18 Oktober nanti sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di luar China merasmikan produk itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Malaysia, Justin Li berkata, Honor telah menetapkan standardnya lebih tinggi dan Honor 50 dijangka memberikan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakannya.

“Pada pengenalan awal Honor 50, Honor Malaysia menerima pelbagai pujian daripada rakan-rakan media, pemimpin, rakan kerjasama, pendapat pakar, dan selebriti tempatan seperti pemain badminton negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, pelakon Norman Hakim, Shiha Zikir, Eyka Farhana, Jojo Goh serta Qiu Wen,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Li berkata, meraikan ulang tahun pertama sebagai syarikat bebas, Honor sentiasa mengutamakan pelanggan, memperbaharui teknologi dan mengejar kejayaan, pada masa sama menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada peminat seluruh Malaysia.

“Honor merancang pelbagai strategi termasuklah strategi ‘all scenario’ 1+8+N, membawa teknologi terkini Honor seperti telefon pintar, komputer riba, tablet, peranti boleh pakai pintar dan peranti audio masuk ke Malaysia.

“Strategi produk ‘all-scenario’ 1+8+N Honor adalah pembinaan semula hubungan antara manusia dan perkakasan komputer, lalu menghubungkannya dengan produk Honor secara lebih mudah.

“Sistem itu membolehkan kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan dibuat secara bersepadu dengan teknologi pintar, sekali gus dapat memberikan pengalaman dan gaya hidup lebih lancar,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran Honor 50 itu akan diadakan secara penstriman langsung bermula 8 malam pada 18 Oktober 2021 menerusi laman Facebook Honor Malaysia dan Gempak Ria.

Sementara itu, Ketua Industri, Teknologi dan Telekomunikasi Google Malaysia, Lim Su Ann berkata, pihaknya di Google dan YouTube mahu melihat lebih banyak aktiviti dihasilkan pengguna dan youtubers Malaysia dengan Honor 50.

Bagi Naib Presiden Senheng Malaysia, Jacky Pang berkata, Honor 50 boleh didapati di kedai-kedai Senheng dengan hadiah menarik.

Untuk maklumat terkini, lawati Honor Store, Shopee’s Honor Official Store, Lazada’s Honor Flagship Store atau laman Facebook rasmi Honor Malaysia di www.facebook.com/HONORMY.