Bekalan air disalur berperingkat mulai jam 5 petang ini

in Edisi by

SHAH ALAM – Bekalan air dijangka mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat pada jam 5 petang Khamis.

Air Selangor Sdn Berhad (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada beberapa faktor.

“Antara faktor pemulihan gangguan bekalan seperti tekanan air pada sistem agihan, faktor muka bumi dan jarak jajaran paip serta lokasi premis pengguna,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Air Selangor pada Khamis.

Air Selangor memberitahu, pengguna yang telah mendapat bekalan air diharap menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti di aplikasi Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.