Chelsea perkukuh status pendahulu EPL

in Sukan by

CHELSEA memperkukuhkan cengkaman pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Brentford di Stadium Komuniti Brentford.

Jaringan penghujung babak pertama Ben Chilwell sudah cukup membolehkan The Blues memimpin liga dengan kelebihan satu mata mengatasi pencabar terdekat Liverpool selepas kedua-dua pasukan melengkapkan perlawanan kelapan liga masing-masing.

Ini merupakan gol kedua-dua tonggak hasil voli menarik pertahanan England itu dalam dua perlawanan berturut-turut selepas pemain Brentford gagal mengeluarkan bola dari kawasan gol tuan rumah.

The Bees berpeluang mendahului pelawat pada babak pertama, namun percubaan Bryan Mbeumo tersasar dan sekali lagi palang gol menafikan usaha pemain kelahiran Perancis itu pada minit ke-75 babak kedua.

Kecemerlangan penjaga gol sensasi The Blues, Edouard Mendy menangkis percubaan Saman Ghoddos dan Trevoh Chalobah, sebelum menyelamatkan percubaan Christian Norgaard berjaya mengekang kebangkitan Brentford pada penghujung perlawanan.