Seorang maut, 33 cedera dalam letupan restoran

in Global by

SHENYANG – Seorang maut manakala 33 yang lain cedera dalam kejadian letupan di sebuah restoran di Shenyang, ibu negara Provinsi Liaoning di timur laut China pada Khamis, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku kira-kira 8.20 pagi di restoran di Jalan Taiyuannan, Daerah Heping, menurut jabatan publisiti daerah.

Punca kejadian sedang disiasat. -Bernama