West Ham hampiri slot kalah mati Liga Europa

in Sukan by

KELAB Liga Perdana Inggeris, West Ham United semakin menghampiri slot peringkat kalah mati saingan Liga Europa selepas mengatasi Genk, 3-0 dalam perlawanan di Stadium London, awal pagi Jumaat.

Tiga jaringan dihasilkan Craig Dawson pada minit ke-46′, Issa Diop (57′) dan Jarrod Bowen (58′) membolehkan anak buah David Moyes mengekalkan momentum kemenangan 100 peratus saingan Kumpulan H tersebut.

Tiga mata itu membolehkan The Hammers berada di puncak kumpulan saingan tahap dua Eropah tersebut dengan sembilan mata mengatasi pencabar terdekat Dinamo Zagreb, Rapid Vienna dan Genk masing-masing dengan tiga mata.

Sementara itu, kelab Serie A, Napoli menghidupkan semula peluang mara ke pusingan seterusnya setelah membenam Legia Warsaw, 3-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Diego Armando Maradona.

Tiga gol daripada Lorenzo Insigne pada minit ke-76′, Victor Osimhen (80′) dan Matteo Politano (95′) membolehkan kelab Itali itu menghuni tempat kedua kumpulan mengatasi pencabar terdekat Leicester City yang menang tipis 4-3 mengatasi Spartak Moscow di Rusia pada Khamis.