Dua lokaliti di Pahang tamat PKPD

in Nasional by

SHAH ALAM – Dua lokaliti di Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) esok seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti tersebut melibatkan Pos Sinderut, Perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti-lokaliti tersebut.

“Selain itu, tiada kawasan yang dikenakan atau dilanjutkan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.