Covid-19: 78 lagi kematian direkod, 17 BID

in Khas by

ANGKA kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini terus kekal bawah 100 apabila 78 kes direkodkan semalam.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 17 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought-in-dead (BID).

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,312 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,408,431 kes positif di Malaysia.

Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,718, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 643 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 60.4 peratus, namun empat negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Sarawak (77.7 peratus), Kelantan (74.2 peratus), Perak (71.3 peratus), dan Putrajaya (70,0 peratus).

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu dengan mencatat 320 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu. – Awani