PRN Melaka: Aktiviti perhimpunan, majlis sosial tidak dibenarkan

in Nasional by

SHAH ALAM – Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuklah penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya tidak dibenarkan berkuatkuasa pada 25 Oktober ini hingga 27 November depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

AKAN MENYUSUL