TCS, Celcom bekerjasama untuk transformasi digital berskala besar

in Bisnes by

TATA Consultancy Services (TCS), penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) global yang terkemuka, sedang bekerjsama dengan Celcom Axiata Bhd (Celcom) bagi melaksanakan transformasi berskala besar sistem sokongan perniagaan teras menggunakan platform TCS yang dihoskan pada Microsoft Azure.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat itu, Celcom akan menerima pakai dan menyepadukan perkhidmatan mikro TCS bersepadu-pemboleh modular digital teras BSS yang berdasarkan teknologi canggih revolusi industri keempat (IR4.0), termasuk kecerdasan buatan, kecerdasan perniagaan, pembelajaran mesin dan teknologi awan.

Ini juga membolehkan Celcom mempunyai akses kepada data masa nyata dan maklumat pelanggan, membolehkan senario simulasi perniagaan dipertingkatkan untuk hasil, kos dan pengoptimuman operasi.

Ketua Pegawai Operasi (teknologi) Celcom, Afizulazha Abdullah berkata permodenan Celcom terus dibuat dengan mengubah operasi perniagaannya melalui gabungan teknologi baharu yang merangkumi peningkatan kebolehan analisis data Celcom, mengurangkan masa untuk pemasaran dan memastikan pengalaman pelanggan yang lancar di seluruh titik sentuh Celcom.

Sementara itu, Ketua Negara TCS Malaysia, Jeevan Rajoo berkata, TCS komited bagi memaksimumkan pengetahuan domain yang mendalam, kepakaran dalam teknologi digital dan pelaburan dalam inovasi yang mampan untuk membantu Celcom menyelesaikan latihan pemodenan secara menyeluruh serta mencapai visinya untuk menjadi syarikat digital dan platform.

“Kami berharap untuk mencipta model platform digital baharu yang akan meningkatkan kelebihan daya saing Celcom, dengan mempercepatkan masa mereka ke pemasaran, menambah baik pengalaman pelanggan dan membolehkan aliran hasil yang lebih baik,” katanya.

Dengan projek transformasi platform teras baharu, TCS akan membolehkan Celcom meningkatkan lagi kedudukan digital dan platformnya melalui keupayaan pendigitalan termaju seperti kecerdasan buatan serta simulasi perniagaan yang dipacu pembelajaran mesin, katalog produk perusahaan dan pendayaan ekosistem rakan kongsi. – Bernama