PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2021 - page 2

[SHORTS] Banjir: Setiap isi rumah perlu tahu apa nak buat

in Video Shorts by
[SHORTS] Banjir: Setiap isi rumah perlu tahu apa nak buat

[SHORTS] Banjir: Setiap isi rumah perlu tahu apa nak buat

WACANA SINAR 312, 21 DISEMBER 2021

Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 312 bertajuk `Bencana: Bantuan sampai lewat?‘ bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof. Dr Adlina Suleiman.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

https://fb.watch/a1E8OdqMFW/

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #WacanaSinar #SinarUntukMalaysia

[SHORTS] Banjir: Tak adil salahkan penduduk

in Video Shorts by

[SHORTS] Banjir: Tak adil salahkan penduduk

WACANA SINAR 312, 21 DISEMBER 2021

Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 312 bertajuk `Bencana: Bantuan sampai lewat?‘ bersama Felo Utama Institut Alam Sekitar Dan Pembangunan (LESTARI) UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo.

SINAR PM: Banjir: Ini bukan masa untuk tunding jari: Abdul Hadi

in Sinar PM by

SINAR PM: Banjir: Ini bukan masa untuk tunding jari: Abdul Hadi

Baca artikel penuh di: https://bit.ly/3zdl0JO

SINAR PM 31 DISEMBER 2021

1.Mangsa banjir Terengganu terus meningkat

2.”Majoriti MKT UMNO setuju perkukuh MN”

3.Harga ayam, telur, sawi dan kacang panjang turun esok: KPDNHEP

4.EPL tak patuh peraturan tunda perlawanan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #SinarPM #banjir #ayam

WUIF sumbang 105 naskhah al-Quran kepada Masjid Nurul Iman

in WacanaQuran by

SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) pada Jumaat menyumbangkan sebanyak 105 naskhah al-Quran kepada Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Puchong, Selangor yang dinaiki banjir baru-baru ini.

Penolong Pengurus WUI, Rozalina Mohamed berkata, selain pemberian al-Quran, mereka juga akan mula mengaktifkan satu sudut al-Quran di setiap masjid.

“Kita difahamkan banyak al-Quran di masjid yang rosak disebabkan banjir, jadi kita sumbangkan set ummah yang terdiri daripada tujuh naskhah al-Quran.

“Kita akan sediakan satu sudut untuk letakkan al-Quran untuk memudahkan individu lain mengaksesnya.

“Jadi orang yang datang untuk solat jemaah boleh terus baca al-Quran di situ. Kami harap ahli jawatankuasa masjid ambil inisiatif untuk aktifkan sudut ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, WUIF menyediakan 21,000 naskhah al-Quran infak bernilai RM1 juta melalui Tabung Gerakan Al-Quran bagi membantu golongan mangsa banjir di bawah program Cuci, Pulih, Iqra’ 2.0.

Ujarnya, WUIF berharap agak al-Quran yang tenggelam akibat banjir segera digantikan dengan al-Quran baharu berserta terjemahan.

“Sumbangan al-Quran tersebut diharapkan menjadi panduan dan sumber kekuatan dalaman bagi setiap keluarga terutama kalangan mereka yang menghadapi ujian banjir kini.

“Bagi setiap lokasi terbabit, WUIF menawarkan tiga bantuan serta kerjasama iaitu aktifkan rumah ngaji di lokasi tumpuan seperti surau atau masjid di bawah projek wakaf.

“Selain itu, kami juga akan membuat agihan al-Quran Infak dengan tema 1 Rumah 1 al-Quran di bawah projek infak dan sesi #QuranHour bersama lokasi terbabit” jelasnya.

Menurut Ketua Pegawai Penyelidik WUI, Fazrul Ismail, selain penyerahan al-Quran, mereka turut mengadakan sesi bertadabbur dengan Surah As-Sajdah, ayat 1-4 bersama qariah Masjid Nurul Iman.

“Alhamdulillah mereka hadir dengan penuh ceria ke program ini walaupun sebenarnya barangan lain seperti kereta banyak yang rosak, tetapi mereka masih memilih al-Quran.

“Apabila mereka dibekalkan dengan perkongsian hari ini, sebenarnya ia dapat menyedarkan bahawa al-Quran dapat memberikan hikmah secara segera untuk mereka menguatkan semangat dan bangkit semula selepas banjir ini, insya-ALLAH,” kata beliau.

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

in Bisnes by

KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM49.01 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM31.65 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai (RMA) bernilai RM5 bilion selama empat hari hingga 31 hari dan tender Qard lelongan julat tempoh kematangan Islam bernilai RM4.4 bilion bagi tempoh tujuh hari hingga 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman kovensional sehingga RM44.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM27.3 billon. – Bernama

Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari dagangan terakhir 2021

in Bisnes by

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia rendah pada sesi awal Jumaat yang juga hari dagangan terakhir 2021, namun pasaran dijangka menyaksikan satu lagi pusingan aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun jika momentum peningkatan sedia ada berterusan, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.14 mata kepada 1,541.47 selepas ditutup pada 1,543.61 semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.62 mata kepada 1,542.99.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 119 berbanding 114 manakala 210 kaunter tidak berubah, 1,847 tidak diniagakan dan 31 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 118.36 juta unit bernilai RM39.27 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota tinjauannya berkata, saham-saham penjagaan kesihatan dijangka menyaksikan aktiviti dagangan susulan kebimbangan terhadap varian Omicron yang masih ada.

Bagaimanapun, katanya, peserta pasaran dijangka lebih menumpukan sektor yang mencatat pemulihan berikutan Omicron tidak memberi impak dari segi pelaksanaan sekatan pergerakan sepenuhnya sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.

“Susulan aktiviti memperelok akaun pada masa ini, kami percaya peniaga akan terus menumpukan saham-saham wajaran tinggi. Peniaga juga dijangka memilih syarikat-syarikat dengan asas kukuh di bawah sektor pengguna yang mencatat pemulihan.

“Kami juga menjangkakan sektor teknoologi kekal menjadi peneraju di masa terdekat berikutan unjuran mencatat peningkatan dalam keadaan pemulihan ekonomi ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing susut satu kepada RM8.29 dan RM4.14, Petronas Chemicals dan IHH tidak berubah pada RM8.79 dan RM6.78 manakala CIMB turun tiga sen pada RM5.38.

Bagi saham aktif, SMTRack dan WZ Satu naik satu sen kepada 18.5 sen dan 24.5 sen, waran Airasia menokok 20.5 sen kepada 21 sen manakala NCT, Destini and KNM pula tidak berubah masing-masing pada 51.5 sen, 18 sen dan 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah susut 4.48 mata kepada 12,075.63 manakala FBM ACE turun 13.09 mata kepada 6,380.57 dan Indeks FBM Emas berkurangan 9.90 mata kepada 10,880.39.

FBM 70 bagaimanapun naik 9.55 mata kepada 14,246.49.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.14 mata kepada 201.74, Indeks Perladangan turun 11.38 mata kepada 6,577.10 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.36 mata kepada 15,484.17. – Bernama

Kembali UTAMA