PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2021 - page 4

[SHORTS] We need to combine Maqasid Shariah and deep ecology

in Video Shorts by

[SHORTS] We need to combine Maqasid Shariah and deep ecology

WACANA SPECIAL, 30 DECEMBER 2021

Snippet from Wacana Special titled `Living with Climate Change and building a Resilient Malaysia` with Datuk Prof Dr Azizan Abu Samah, Meteorologist and Oceanographer.

FOR FULL VIDEO:

https://fb.watch/advyTc6Z0a/

Music: www.bensound.com

#WacanaSpecialEdition #SinarDaily #SinarHarian

Living with Climate Change and building a Resilient Malaysia

in Wacana by

Malaysians are tired and frustrated. The unprecendented weather conditions wreaked havoc across several states for the past two weeks and things are not getting any better as we brace for more thunderstorms in the coming weeks.

But was the catastrophic event really a surprise or was it ignored? Join the conversation with us tomorrow Dec 30, LIVE on Sinar Daily’s Facebook page and Sinar Harian’s website www.sinarharian.com.my at 830pm.

Kecualikan cukai FSI kepada pembayar cukai pemastautin: MOF

in Bisnes by

KERAJAAN bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara (FSI) kepada pembayar cukai pemastautin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan langkah cukai tersebut, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pengecualian cukai itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2022 hingga 31 Disember 2026.

Tertakluk kepada syarat kelayakan yang akan diperincikan dalam garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri, katanya jenis pendapatan yang dikecualikan cukai ialah pendapatan dividen untuk syarikat atau perkongsian liabiliti terhad manakala semua jenis pendapatan untuk kategori pembayar cukai individu.

“Selain daripada jenis pendapatan yang disebutkan di atas adalah tertakluk kepada pengenaan cukai di Malaysia,” katanya.

Bagi kategori pembayar cukai individu, kementerian itu berkata, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua individu kecuali yang menjalankan perniagaan perkongsian di Malaysia, yang akan tertakluk kepada cukai bagi pendapatan FSI yang diterima.

“Manakala bagi kategori bukan pemastautin (individu, syarikat dan lain) masih kekal layak dikecualikan cukai pendapatan,” menurut MOF.

Pada masa sama, katanya sukacita dimaklumkan bahawa FSI yang diterima dalam tahun taksiran 2022 adalah dikecualikan daripada pengiraan cukai bagi tujuan Cukai Makmur.

Dalam pembentangan Bajet 2022, katanya kerajaan telah mengumumkan cadangan langkah untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diterima dari luar negara mulai 1 Januari 2022.

Katanya pelaksanaan cadangan layanan cukai tersebut dilaksanakan melalui Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021 dan di Dewan Negara pada 23 Disember 2021.

Bagi memastikan pasaran saham di Bursa Malaysia terus kekal rancak dan dinamik, MOF berkata, kerajaan mengambil pendekatan mengenakan kadar duti setem 0.15 peratus ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok.

Katanya amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak itu adalah dihadkan sehingga RM1,000 dan amaun duti setem yang melebihi RM1,000 akan diremitkan.

“Peremitan ini adalah terpakai kepada semua nota kontrak bagi tempoh mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026 bagi dagangan saham atau stok yang disenaraikan di pasaran Bursa Malaysia yang diluluskan di bawah subseksyen 8(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,” menurut MOF.

Dalam pengumuman Bajet 2022, kerajaan juga telah mencadangkan kadar duti setem ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok tersenarai di Bursa Malaysia dikaji semula supaya ia dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.50 bagi setiap RM1,000 dan kenaan had duti setem RM200 bagi setiap nota kontrak berkaitan dimansuhkan.- Bernama

SINAR PM: Perlu ada ‘political will’, benarkan i-Citra: Ahmad Zahid

in Sinar PM by

SINAR PM 30 DISEMBER 2021

1.Khalid Samad tuntut penjelasan, projek bukan lulus zaman PH

2.80 lori, jentera digerakkan bersih Taman Sri Muda

3.804 penjawat awam terlibat dadah ditahan

4.Perlumbaan kejuaraan masih belum berakhir

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #SinarPM #i-Citra #KWSP

Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS

in Bisnes by

RINGGIT mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir dagangan Khamis selepas mata wang negara maju itu susut daripada peningkatan awal apabila Perbendaharaan AS meraih pulangan selain faktor penurunan data ekonomi yang mencetuskan minat terhadap aset berisiko.

Indeks Dolar AS susut 0.28 peratus kepada 95.929, terendah dalam tempoh tiga minggu manakala maklumat awal menunjukkan defisit dagangan barangan AS meningkat ke paras tertinggi sebanyak AS$97.78 bilion pada November daripada AS$83.2 bilion dalam bulan sebelumnya, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.1750/1785 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1805 pada akhir dagangan pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, dolar AS terus mengalami penurunan apabila pelabur bertindak beralih kepada sentimen yang mengutamakan mata wang berisiko dan ekuiti.

“Biarpun kes jangkitan varian Omicron Covid-19 terus melonjak di kebanyakan negara, pelabur sebaliknya seakan sudah menerima risiko itu dan sebaliknya memilih untuk mengutamakan perkara akan datang.

“Malah, kebimbangan terhadap Omicron yang terus reda itu turut memberi harapan dari segi pembukaan semula ekonomi yang mampan dan prospek 2022 yang lebih baik. Ini dapat memberi sokongan terhadap mata wang negara pesat membangun seperti ringgit,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir dagangan pada Khamis.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0835/0865 daripada 3.0856/0864 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.6248/6281 daripada 3.6348/6355 sebelum ini.

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.6187/6234 daripada 5.6062/6069 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.7178/7217 daripada 4.7150/7156 sebelumnya. – Bernama

VFive perkasa program CSR untuk keberkatan perniagaan

in Bisnes by

VFIVE Group menerusi Yayasan VFive memperkasakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada 15 petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan bagi tahun 2021.

Menurutnya, meskipun syarikat tersebut sebagai sebagai entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, namun mereka sentiasa meletakkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

“Saya percaya bahawa konsep keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan. Imbal balik keuntungan dan konsep perkongsian kemakmuran (shared properity) melalui kerja amal dan kebajikan merupakan paksi utama kepada prinsip yang diamalkan oleh sebuah syarikat milikan penuh bumiputera, VFive Group.

“Justeru, penubuhan Yayasan VFive ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memantapkan dan menstrukturkan program membantu komuniti sekitar.

“Termasuk pihak yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik Covid-19 dan mereka yang kurang bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, penerapan konsep itu boleh dilihat pada majlis jamuan makan malam tahunan VFive Group, di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur yang turut mengundang pelbagai pertubuhan dan wakil bagi menerima sumbangan dan menjadi rutin tahunan syarikat berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara program CSR yang berjaya dilaksanakan pihak VFive Group bagi tahun 2021 adalah sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air kepada masjid di sekitar Ampang dan Pandan (keseluruhan enam buah masjid) secara bulanan; sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air kepada 22 buah surau sekitar Pandan secara bulanan; sumbangan bayaran bil elektrik, bil air dan sewaan kediaman kepada maahad tahfiz dan rumah kebajikan serta sumbangan kepada Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin.

“Selain itu, sumbangan makanan (nasi lemak) kepada Hospital Ampang, LRT sekitar Ampang dan Pandan, dan balai polis sekitar Ampang dan Pandan setiap bulan; sumbangan Gerobok Rezeki kepada 20 buah masjid, surau, sekolah, pusat kebajikan; Kembara Beras Amal 1,000 kampit sebulan; sumbangan pada setiap lawatan umum ke tahfiz sepanjang 2021 serta sedekah jariah (Masjidil Haram, Pusat Zakat Malaysia dan Habib Alwi, Indonesia).

“Sumbangan Ternakan Korban Raya Aidiladha (50 lembu dan 50 kambing); bakul makanan Yayasan VFive (masyarakat Cina); bakul makanan Yayasan VFive (masyarakat India) dan hamper perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali) serta kelas mengaji percuma (Surau Al-Ikhlas, Taman Dagang).

“Kami juga sudah melaksanakan kelas mengaji percuma (Surau Ikhwaniah, Kampung Pandan Dalam); sumbangan Ramadan (bubur lambuk dan kurma); sumbangan peralatan sekolah dan program gunting rambut percuma (25 buah Tabika) dan sumbangan jersi kepada empat buah sekolah dan empat pasukan bola sepak sekitar Pandan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak VFive Group melalui Yayasan VFive telah merancang pelbagai usaha dan strategi untuk membantu masyarakat sekitar pada tahun 2022.

Tambahnya, VFive turut menjalankan pelbagai inisiatif antaranya liputan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan kilat bencana kepada kakitangan mereka.

Ujar Mohd Syafiq, bagi tahun 2022, mereka juga meletakkan sasaran untuk program CSR, antaranya seperti perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM8 juta, meningkatkan jumlah program kebajikan dan mempermudah serta melancarkan agihan perbelanjaan untuk semua masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh kawasan Ampang dan Pandan.

“Selain itu, meningkatkan bantuan kepada 2,000 kampit beras sempena program Yayasan VFive ‘Kembara Beras’; Meningkatkan sumbangan sempena program ‘Gerobok Rezeki’ kepada 20 lokasi meilbatkan masjid dan surau di seluruh kawasan Ampang dan Pandan; menambah jumlah sumbangan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan pada setiap hari Jumaat dan menambah sumbangan nasi lemak kepada 10,000 bungkusan di masjid, surau, LRT dan kepada petugas barisan hadapan di seluruh kawasan Ampang dan Pandan.

“Kami juga akan melaksanakan pembinaan ‘Masjid VFive’ pada tahun 2022; menubuhkan ‘VFive Groceries Mart’ pada tahun 2022 dan melancarkan rangkaian televisyen ‘Yayasan VFive’ melalui kerjasama RTM, TV3 dan Astro pada tahun 2022,” ujarnya.

1 2 3 4 5 6 65
Kembali UTAMA