PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2021 - page 5

VFive perkasa program CSR untuk keberkatan perniagaan

in Bisnes by

VFIVE Group menerusi Yayasan VFive memperkasakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada 15 petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan bagi tahun 2021.

Menurutnya, meskipun syarikat tersebut sebagai sebagai entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, namun mereka sentiasa meletakkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

“Saya percaya bahawa konsep keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan. Imbal balik keuntungan dan konsep perkongsian kemakmuran (shared properity) melalui kerja amal dan kebajikan merupakan paksi utama kepada prinsip yang diamalkan oleh sebuah syarikat milikan penuh bumiputera, VFive Group.

“Justeru, penubuhan Yayasan VFive ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memantapkan dan menstrukturkan program membantu komuniti sekitar.

“Termasuk pihak yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik Covid-19 dan mereka yang kurang bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, penerapan konsep itu boleh dilihat pada majlis jamuan makan malam tahunan VFive Group, di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur yang turut mengundang pelbagai pertubuhan dan wakil bagi menerima sumbangan dan menjadi rutin tahunan syarikat berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara program CSR yang berjaya dilaksanakan pihak VFive Group bagi tahun 2021 adalah sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air kepada masjid di sekitar Ampang dan Pandan (keseluruhan enam buah masjid) secara bulanan; sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air kepada 22 buah surau sekitar Pandan secara bulanan; sumbangan bayaran bil elektrik, bil air dan sewaan kediaman kepada maahad tahfiz dan rumah kebajikan serta sumbangan kepada Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin.

“Selain itu, sumbangan makanan (nasi lemak) kepada Hospital Ampang, LRT sekitar Ampang dan Pandan, dan balai polis sekitar Ampang dan Pandan setiap bulan; sumbangan Gerobok Rezeki kepada 20 buah masjid, surau, sekolah, pusat kebajikan; Kembara Beras Amal 1,000 kampit sebulan; sumbangan pada setiap lawatan umum ke tahfiz sepanjang 2021 serta sedekah jariah (Masjidil Haram, Pusat Zakat Malaysia dan Habib Alwi, Indonesia).

“Sumbangan Ternakan Korban Raya Aidiladha (50 lembu dan 50 kambing); bakul makanan Yayasan VFive (masyarakat Cina); bakul makanan Yayasan VFive (masyarakat India) dan hamper perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali) serta kelas mengaji percuma (Surau Al-Ikhlas, Taman Dagang).

“Kami juga sudah melaksanakan kelas mengaji percuma (Surau Ikhwaniah, Kampung Pandan Dalam); sumbangan Ramadan (bubur lambuk dan kurma); sumbangan peralatan sekolah dan program gunting rambut percuma (25 buah Tabika) dan sumbangan jersi kepada empat buah sekolah dan empat pasukan bola sepak sekitar Pandan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak VFive Group melalui Yayasan VFive telah merancang pelbagai usaha dan strategi untuk membantu masyarakat sekitar pada tahun 2022.

Tambahnya, VFive turut menjalankan pelbagai inisiatif antaranya liputan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan kilat bencana kepada kakitangan mereka.

Ujar Mohd Syafiq, bagi tahun 2022, mereka juga meletakkan sasaran untuk program CSR, antaranya seperti perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM8 juta, meningkatkan jumlah program kebajikan dan mempermudah serta melancarkan agihan perbelanjaan untuk semua masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh kawasan Ampang dan Pandan.

“Selain itu, meningkatkan bantuan kepada 2,000 kampit beras sempena program Yayasan VFive ‘Kembara Beras’; Meningkatkan sumbangan sempena program ‘Gerobok Rezeki’ kepada 20 lokasi meilbatkan masjid dan surau di seluruh kawasan Ampang dan Pandan; menambah jumlah sumbangan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan pada setiap hari Jumaat dan menambah sumbangan nasi lemak kepada 10,000 bungkusan di masjid, surau, LRT dan kepada petugas barisan hadapan di seluruh kawasan Ampang dan Pandan.

“Kami juga akan melaksanakan pembinaan ‘Masjid VFive’ pada tahun 2022; menubuhkan ‘VFive Groceries Mart’ pada tahun 2022 dan melancarkan rangkaian televisyen ‘Yayasan VFive’ melalui kerjasama RTM, TV3 dan Astro pada tahun 2022,” ujarnya.

Proton tawar diskaun lebih tinggi untuk mangsa banjir

in Bisnes by

KUALA LUMPUR – Proton menawarkan pakej bantuan pelanggan yang dipertingkat bagi meringankan beban kewangan mereka untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir menerusi diskaun 50 peratus bagi alat ganti terpilih untuk semua model kecuali Proton X50 dan Proton X70.

Dalam kenyataan pada Khamis, Proton berkata, pakej baharu dan ditambah baik itu turut merangkumi servis tunda serta pembersihan luar dan ruang enjin secara percuma, selain diskaun caj buruh yang ditingkatkan kepada 25 peratus untuk semua model kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, sehingga kini, pusat servis Proton telah menerima kira-kira 600 kenderaan dan lebih banyak kenderaan dijangka tiba pada minggu akan datang.

“Proton amat bersimpati dengan nasib mangsa banjir baru-baru ini berikutan kebanyakannya terdiri daripada kumpulan B40. Sehubungan itu, kami telah meningkatkan lagi pakej bantuan untuk meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Bagi pemilik Proton X50 dan Proton X70, diskaun untuk alat ganti terpilih telah dinaikkan kepada 25 peratus berbanding 20 peratus seperti diumumkan sebelum ini.

Pelanggan yang diinsuranskan bawah Program Insurans Proton layak menerima bayaran bantuan banjir sebanyak RM1,000. Tawaran bantuan ini boleh didapati daripada pengedar 3S/4S Proton terpilih dan tertakluk kepada terma dan syarat.

“Selain pakej bantuan, Proton juga akan berunding dengan pihak bank untuk membenarkan pelanggan membuat bayaran secara ansuran melalui kad kredit bagi pembayaran bil. Ini akan membantu dari segi aliran tunai mereka kerana tidak dikenakan bayaran faedah dan tidak perlu membuat bayaran penuh secara sekali gus,” katanya.

Pada 22 Disember lepas, Proton dalam kenyataan mengumumkan bantuan kepada semua pemilik model Proton yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir baru-baru ini dengan menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Dalam kenyataan itu juga, syarikat pengeluar kereta itu berkata, ia akan menanggung caj tunda sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.

Pelanggan boleh menghubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398 untuk keterangan lanjut. – Bernama

Caricarz berjaya kutip dana RM3 juta

in Bisnes by

PENYEDIA perkhidmatan jualan automotif menerusi platform dalam talian (online), Caricarz.com (Caricarz) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mendapatkan dana sebanyak RM3 juta menerusi platform pendanaan Pitchin baru-baru ini.

Pengasas Caricarz, James Goh berkata, sebanyak 47 pelabur swasta terlibat dalam aktiviti pengumpulan dana itu yang rata-ratanya merupakan pemain industri automotif dan pengedar kereta terpakai.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan projek baharu bagi memenuhi keperluan pembeli dan pengedar kereta.

“Kami menerima maklum balas yang cukup baik daripada orang ramai ketika mencari pembiayaan untuk pendanaan berkenaan. Banyak jalan penyelesaian yang boleh ditawarkan kepada pelanggan, pihak pengedar dan pembeli.

“Oleh itu, Caricarz tertarik untuk menghasilkan lebih banyak servis bagi menyediakan pengalaman yang cukup hebat untuk para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut James, pembeli kereta seringkali keliru dengan pelbagai pilihan kereta dan kurang pasti dengan keadaan kereta serta servis pengedar ketika membeli kereta.

Sebaliknya, pengedar kereta pula berpendapat ia agak mencabar terutama dalam menarik pembeli yang berpotensi.

Mengulas lanjut James berkata, Caricarz telah melancarkan Search-Hero bagi membantu pembeli dalam membuat pemilihan kereta.

Lebih menarik lagi, pihak syarikat membantu dalam mengesahkan keadaan kenderaan sebelum mendaftarkannya secara dalam talian, malah syarikat juga bersedia untuk menyeragamkan servis dan waranti pengedar kereta.

Pada masa sama, syarikat juga akan menghubungkan pembeli berpotensi dengan pengedar kereta sekali gus tindakan ini dilihat memberikan akses ke pasaran yang lebih meluas.

“Pengedar mampu mendapatkan lebih banyak stok menerusi langganan di platform Caricarz.

“Kami bakal memperkenalkan Premier Selection dan akan bekerjasama dengan syarikat aplikasi mudah alih bagi memudahkan pembeli serta pengedar kereta untuk mengakses platform Caricarz nanti,” ujarnya

James berkata, pengenalan Premier Selection sebenarnya bertujuan untuk menyediakan urusan jual beli yang lebih telus selain membuktikan bahawa ia merupakan kereta terpakai yang boleh dipercayai di pasaran.

“Program ini juga didatangkan dengan waranti dan pihak pengedar memberi jaminan bahawa kenderaan yang dijual itu tidak mempunyai sebarang kesan kerosakan akibat banjir, kebakaran atau kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu dilihat dapat meningkatkan keyakinan dalam kalangan pembeli.

“Dengan adanya program seumpama ini, kedua-dua pihak akan yakin terutamanya ketika membeli dan menjual kereta menerusi platform Caricarz,” tambah James.

Berdasarkan rekod bulanan, Caricarz berjaya merekodkan kira-kira 300,000 pelawat manakala bagi halaman Facebook, Caricarz mampu meraih 621,000 penglibatan.

Sementara itu, bagi kandungan video Caricarz pula, ia berjaya menarik 289,000 tontonan dan telah mencatatkan 2,500 pembeli kereta di platform Caricarz.

Siapa pemilik balak-balak ini?

in Lidah Pengarang by

KELMARIN, media menyiarkan gambar-gambar mengejutkan ribuan kayu balak terapung dan hanyut di Sungai Telemong, Bentong di Pahang.

Gambar tersebut diambil oleh wartawan yang membuat tinjauan pasca banjir di kawasan itu pada 18 Disember lalu.

Pihak tertentu mendakwa kewujudan timbunan sisa balak itu berpunca daripada kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan terbabit.

Pemandangan dahsyat ini sekali gus membangkitkan persoalan siapa pemilik balak-balak ini? Syarikat manakah yang terlibat?

Lebih penting lagi, agensi manakah yang bertanggungjawab membiarkan atau membenarkan aktiviti pembalakan mega ini?

Justeru, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu mengambil serius perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

Difahamkan, Kerajaan Pahang sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung timbunan kayu balak di Sungai Telemong.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan itu akan disiapkan JPNP dalam masa secukupnya sebelum diserahkan kepada kerajaan.

Menurut Wan Rosdy, pihakya tidak boleh membuat andaian kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Apa pun, desakan 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan meminta kerajaan Persekutuan mengadakan siasatan bebas serta mengambil tindakan segera terhadap pihak yang mungkin bertanggungjawab dalam kejadian bencana banjir lumpur bercampur batang kayu di kawasan itu amat wajar.

Paling penting ia perlu dilakukan tanpa melibatkan campur tangan daripada ahli politik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu siasat apakah ada unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa?

Jangan main buang barang keperluan mangsa banjir

in Pojok by

ADA barang yang masih elok tapi dimasukkan ke dalam plastik sampah. Itu antara keluhan seorang wanita yang menjadi mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat baru-baru ini.

Wanita terbabit amat terkilan kerana ada segelintir sukarelawan yang datang menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah bertindak membuang kebanyakan barang miliknya yang masih boleh digunakan.

Menurut wanita ini, sukarelawan terus memasukkan barangan keperluan seperti pinggan mangkuk serta pakaian yang disusun rapi di suatu sudut ke dalam plastik sampah sedangkan ia boleh dibersihkan dan diguna semula.

Bagi Merak Jalanan, situasi dialami wanita terbabit mencerminkan ketidakpekaan sukarelawan atau mereka pertama kali terlibat dalam operasi pasca banjir sehingga menganggap semua barang-barang yang terkena lumpur perlu dibuang begitu sahaja.

Ingat, bukan semua mangsa banjir orang senang dan bukan semua barang perlu dibuang dan diganti baharu.

Sebelum kemas dan masuk ke dalam plastik hitam, tanya dulu tuan rumah mana barang yang perlu dibuang, mana barang perlu disimpan.

Lebih baik bertanya kerana mereka sudah dalam keadaan yang penat dan emosi cukup sensitif.

Kesimpulannya di sini, sukarelawan perlu berkomunikasi dengan tuan rumah. Apa yang perlu dilakukan, apa boleh dibantu dan apa perlu dibuang.

Apa pun, musibah banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor menyerlahkan lagi keprihatinan rakyat di negara ini yang bersatu di bawah semangat Keluarga Malaysia dalam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

Sikap membantu individu lain yang dalam kesusahan adalah satu tindakan terpuji tetapi janganlah semua benda mahu ditunjuk di media sosial.

Kalau sudah menjadi sukarelawan kenalah ikhlas, bukannya terikut-ikut dengan kawan.

Hidup sepakat membawa berkat

in Analisis Sinar by

KEJADIAN bencana banjir yang berlaku di beberapa daerah di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka baru-baru ini telah mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Orang awam sebagai sukarelawan bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit dalam menghulurkan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu mangsa bencana alam.

Semangat bersatu padu dan permuafakatan serta sikap tolong-menolong yang ada dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini telah sekian lama terjalin kerana prinsip itu dipelihara dengan perasaan muhibah dan harmoni.

Bagi sesebuah masyarakat, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai adalah berpaksikan kepada permuafakatan.

Permuafakatan yang wujud akan melahirkan perpaduan dan kesejahteraan hidup.

Tanpa sikap tolak ansur dan bekerjasama di antara satu sama lain akan mewujudkan masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri di samping akan berbalah sesama sendiri.

Dalam hidup bermasyarakat ini juga, kita perlu mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain tanpa memikirkan ideologi ataupun fahaman politik masing-masing.

Dalam kenyataan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye sebelum ini memaklumkan, walaupun rakyat negara ini terpaksa menanggung pelbagai bebanan dan menghadapi kesukaran terutama golongan B40, namun satu perkara yang membanggakan adalah semangat kerjasama dan saling bantu-membantu tanpa mempedulikan isu kaum, bangsa dan agama.

“Sikap membantu sesama kita sudah menjadi satu trend yang sangat positif, sekali gus membuktikan perpaduan rakyat negara ini ketika berdepan krisis adalah pada tahap yang sangat memberangsangkan,” katanya.

Lam Thye berharap, sikap positif itu akan sentiasa diterjemahkan dalam masyarakat sebagaimana perpaduan ketika menghadapi wabak pandemik.

“Rakyat Malaysia harus mempelajari pengalaman yang diperoleh daripada kesengsaraan wabak Covid-19 supaya kita menjadi lebih bersiap siaga pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga berharap sikap perpaduan itu tidak hanya wujud ketika pandemik, sebaliknya dikekalkan pada bila-bila masa dalam apa juga keadaan.

“Kita seharusnya tetap bersatu tanpa perlu berada dalam keadaan sukar mahupun krisis dan sesungguhnya untuk menjadi negara yang berjaya, perpaduan adalah kunci utamanya,” katanya.

Sebelum ini juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, politik sewajarnya menjadi wadah kepada penyatuan, namun disebabkan perbezaan pegangan politik, ia kadangkala menjadi punca kepada perpecahan.

“Kepentingan peribadi dan pegangan politik yang akhirnya menerbitkan bibit-bibit permusuhan boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu adalah suatu cabaran besar yang perlu dihadapi bukan saja dalam kalangan pemimpin, tetapi juga Keluarga Malaysia bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin.

“Sekiranya negara berada dalam keadaan tidak stabil, maka akan muncul pihak-pihak luar mahupun dari dalaman yang akan mengambil kesempatan, dengan niat untuk terus menggugat perpaduan yang telah sedia terjalin selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mahu setiap Keluarga Malaysia sentiasa hormat menghormati dan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif terhadap sesuatu kaum.

Masa depan

Jangkaan pada masa hadapan sudah tentu tidak dapat kita ramal kerana semua itu terletak pada kekuasaan Tuhan.

Kita mestilah menyediakan payung sebelum hujan untuk berhadapan dengan masa hadapan yang penuh cabaran di luar jangkauan kita, supaya bersedia jika ditimpa malang yang tidak diduga.

Penulis berharap elemen bertolak ansur sepatutnya perlu terus dipraktikkan supaya impian untuk mempunyai masa depan yang gemilang dan terbilang dapat dibina.

Semangat perpaduan dan sikap saling hormat-menghormati di negara kita perlu dipertahankan oleh semua rakyat demi negara yang tercinta di bawah semangat Keluarga Malaysia.

* Ahmad Ismadi Ismail ialah wartawan Sinar Harian Meja Jenayah

1 3 4 5 6 7 65
Kembali UTAMA