PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2021 - page 7

Nak bantu rakyat tak perlu MOU

in Wawancara by
Nak bantu rakyat tak perlu MOU

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan beliau tidak mahu terikat dengan apa-apa Memorandum Persefahaman (MoU) termasuklah perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA). Beliau berpendapat pembangkang perlu melakukan semak dan imbang kepada kerajaan agar kepentingan rakyat terbela.

Saksikan Wawancara Eksklusif bersama Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya di platform digital Sinar Harian.

Masih adakah sinar di sebalik duka

in Analisis Sinar by

BENCANA banjir yang melanda negara baru-baru ini memberikan kesan yang cukup besar kepada mangsa yang terlibat, terutamanya membabitkan kerosakan harta benda.

Ia dibuktikan apabila Persatuan Industri Am Malaysia (PIAM) mendedahkan, industri insurans am dijangka berdepan dengan tuntutan berkaitan banjir yang dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion di beberapa kawasan di seluruh negara.

Anggaran tersebut termasuk tuntutan peribadi yang sebenar dan berpotensi serta risiko komersial yang berpunca secara langsung daripada banjir kilat dan musim tengkujuh yang akan datang dalam beberapa minggu serta bulan akan datang.

Selain itu, bagi golongan penternak pula, kerugian yang dialami meliputi kematian ternakan seperti lembu, kambing, ayam, rusa, itik, lembu sado dan arnab serta kemusnahan stok makanan ternakan, kerosakan kandang dan peralatan ladang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, seramai 160 penternak di Selangor mengalami kerugian yang dianggarkan mencecah sehingga RM2.1 juta akibat bencana banjir.

Bagi negeri Pahang dan Negeri Sembilan pula, masing-masing direkodkan seramai 55 dan 48 penternak yang terjejas dengan nilai kerugian keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.

Melengkapkan duka bagi mangsa banjir adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberitahu tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam.

Dalam kenyataannya, KWSP memaklumkan organisasi itu tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan Akaun 1 atau 70 peratus simpanan ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan lebih cerah.

Kenyataan itu sekali gus dilihat menutup harapan ramai rakyat, khususnya yang terkesan banjir untuk kerajaan mempertimbangkan pengeluaran kali terakhir sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, mereka boleh menarik sedikit nafas lega apabila kerajaan melaksanakan moratorium untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.

Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022.

TEKUN Nasional juga menyediakan dana RM30 juta di bawah program Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang terkesan serta pembiayaan kewangan peribadi oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mangsa banjir tanpa faedah.

Bantuan-bantuan dan kemudahan yang disediakan ini diharap akan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa, seterusnya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Walaupun mungkin memakan masa untuk kembali pulih dengan segala cabaran dan dugaan yang berlaku, kita harus percaya masih ada sinar di sebalik duka yang melanda.

Bencana satukan rakyat di bawah satu bumbung

in Wacana by

SHAH ALAM- Gurdwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ), Selangor mengakui menerima banyak kritikan dan tekanan hebat yang meragui status halal makanan percuma yang disediakan pihaknya untuk mangsa banjir di sekitar kawasan Lembah Klang.

Presiden Gurdwara Sahib Petaling Jaya, Awtar Singh Terry bagaimanapun berkata, ia tidak mematahkan semangat mereka, malah berasa bangga kerana berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai bangsa dan agama untuk turut sama membantu di bawah satu bumbung.

Apa yang lebih mengharukan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberikan sokongan dan turun padang bagi melihat sendiri penyediaan makanan oleh GSPJ.

“Saya amat terkejut apabila ia dibangkitkan oleh netizen dan orang yang tidak sensitif pada isu ini.

“Saya nak jelaskan, makanan yang disediakan oleh Gurdwara ini adalah daripada sayur-sayuran dan sebelum memotong, kita bersihkannya dan tentukan bahawa tempat penyediaan makanan itu bersih.

“Sebelum mula memasak, kita akan pastikan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan mencuci makanan dengan bersih. Kita juga menitikberatkan kebersihan dan makanan yang disediakan tidak mengandungi unsur daging langsung.

“Tekanan yang diterima memang hebat tapi saya gembira apabila berjaya mengumpul semua masyarakat yang berbilang bangsa dan agama seperti Melayu, Cina dan India untuk membantu,” katanya dalam Wacana Sinar Siri 314 yang bertajuk Sampai Bila #RakyatJagaRakyat yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Wacana itu dikendalikan moderator, Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu pelakon, penyampai radio dan sukarelawan, Sharifah Shahirah dan Ketua Pegawai Eksekutif MCPlus Education Sdn Bhd, Sir Shakib.

Mengulas lanjut, Awtar berkata, Gurdwara menyediakan makanan ‘vegetarian’ dan selamat dimakan serta sering menjadi pilihan alternatif sekiranya sukar mendapatkan makanan halal terutamanya di luar negara.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan sesiapa kerana mungkin kurangnya pendedahan terhadap makanan yang disediakan oleh Gurdwara menyebabkan ada yang salah faham dan meragui akan status halal makanan berkenaan.

“Saya amat sedih apabila isu ini timbul tapi kita kena fokus kepada perkara yang lebih besar iaitu membantu mangsa banjir yang terkesan dan memerlukan makanan. Di sebalik apa yang berlaku, saya kagum melihat orang ramai yang berbilang bangsa dan agama bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang ditimpa kesusahan,” jelasnya.

1 5 6 7 8 9 65
Kembali UTAMA