PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

January 2022

Jangan fikir bukan-bukan terhadap vaksin

in Lidah Pengarang by

BERMULA Khamis ini, kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun bakal diberi vaksin jenis Pfizer.

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, pendirian ibu bapa berbeza-beza. Ada yang berbelah bagi kerana khuatir kesan sampingan yang akan dihadapi terutama berkaitan radang otot jantung atau myocarditis.

Dalam satu wawancara bersama Agenda Awani, Pengerusi Program Immunise4life, Datuk Dr Zulkifli Ismail memberitahu, di Amerika Syarikat, 8.7 juta kanak-kanak sudah divaksin. Hanya 11 hingga 12 kes melibatkan kes myocarditis dan kesemuanya telah pulih. Di Singapura pula, lebih 20,000 kanak-kanak telah mendapat suntikan dengan tiada kematian dicatatkan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi pakar itu, sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan sangat. Namun, Dr Zulkifli mengingatkan, ibu bapa yang mempunyai anak yang mempunyai alahan teruk perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Begitu juga jika si kecil yang mempunyai penyakit ginjal atau diabetes. Kumpulan itu boleh diberi vaksin, tetapi ibu bapa dinasihatkan memberitahu butiran penyakit dan ubat yang dimakan kepada doktor. Kemudian, barulah doktor akan membuat kata putus.

Vaksin dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius. Lihat, bukan sahaja di Malaysia, malah peningkatan kes positif Covid-19 turut berlaku di beberapa buah negara di seluruh dunia.

Artikel daripada Johns Hopkins Medicine, Amerika Syarikat mendedahkan, varian Delta memainkan peranan dalam peningkatan kes positif. Virus tersebut juga boleh dihantar dengan mudah oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak divaksinasi. Budak kecil terutamanya boleh mengalami komplikasi sindrom keradangan yang memerlukan penjagaan rapi atau mendapat gejala berpanjangan.

Namun, jika vaksin diambil, ia mengurangkan peluang virus untuk bermutasi kepada varian baharu yang mungkin lebih berbahaya.

Dalam hal ini, kebimbangan ibu bapa difahami, tetapi diharap mereka akan lebih terbuka. Rasanya tidak perlu terlalu skeptikal atau berfikir bukan-bukan tentang vaksin.

Matlamat vaksin sebenarnya adalah demi kemaslahatan bersama.

UMNO sukar terima Bersatu

in Wawancara by

WAWANCARA THUMBNAIL-800×600

UMNO sukar terima Bersatu

WAWANCARA EKSKLUSIF

Ada banyak sebab mengapa UMNO sukar berdamai dengan Bersatu, demikian pendedahan dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dan ada banyak lagi hal dikongsi Ahli Parlimen Pontian ini termasuk pendirian dalam Muafakat Nasional serta persediaan berdepan PRN Johor dan PRU15.

Saksikan Wawancara Eksklusif di semua platform digital Sinar Harian.

#SinarHarian #WawancaraEksklusif

Shah Alam dan ‘periuk api’ di mana-mana

in Lidah Pengarang by

KIRA-KIRA 30 tahun lalu, Shah Alam amat terkenal dengan tarikan ke masjid biru yang menjadi pilihan sektor pelancongan tempatan dan antarabangsa, malah jika lawatan sekolah ke ibu kota, itulah juga antara destinasi tarikannya.

Masjid dengan konsep seni bina Melayu dan ala-ala Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis itu menjadi tumpuan sejak 1988. Ketika itu memang menjadi kebanggaan warga Shah Alam.

Buat yang pertama kali singgah ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pasti tertanya-tanya dengan sistem bilik wuduknya tanpa kepala paip yang mendatangkan kejutan budaya buat mereka yang berada di luar lingkungan teknologi pada masa itu.

Bagaimana hendak berwuduk tanpa kepala paip? Inilah antara pertanyaan buat mereka yang kali pertama menjejak kaki ke masjid serba canggih itu.

Tetapi itu dahulu, hanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Negara menjadi tumpuan. Kini sudah banyak masjid moden walaupun jauh dari ibu kota.

Pada masa sama, pelbagai pusat beli-belah wujud di Shah Alam, malah kawasan perumahan mewah juga semakin bertambah.

Bagaimanapun, hari ini kebanggaan Shah Alam itu semakin pudar, bukan kerana tiada lagi perkembangan pembangunan tetapi diambil alih oleh isu ‘periuk api’ merata-rata yang menanti mangsa di jalan raya sekitar Shah Alam.

Sebagai sebuah ibu negeri, Shah Alam dengan kutipan pendapatan hasil pada 2021 sebanyak RM498,820,920 tidak dimanfaatkan sepenuhnya kepada pembayar cukai.

Kutipan pendapatan hampir RM500 juta itu membuatkan masyarakat hanya mampu melihat di dada-dada akhbar sahaja, bukan ‘menikmatinya’.

Mereka terpaksa menanggung sengsara kerosakan kenderaan akibat ‘periuk api jadian’ di kawasan-kawasan bulatan utama Shah Alam dan jalan raya.

‘Periuk api jadian’ yang dimaksudkan ialah keadaan jalan yang berlopak-lopak dan berombak tetapi tidak dibaiki. Bukan sahaja kenderaan mengalami kerosakan, lebih malang ia juga berisiko berlaku kemalangan jiwa kepada pengguna.

Jadi, tolonglah bantu dan selesaikan masalah berkenaan dengan segera.

Orang utan tak usik manusia pun!

in Lidah Pengarang by

BUKAN hanya bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘rasa tertipu’, malah sebilangan rakyat Malaysia juga merasakannya. Bermula dengan kenyataan orang utan membunuh manusia, kini Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) pula mendakwa aktiviti pembalakan tidak menjejaskan populasi harimau.

Rasanya, kedua-dua kenyataan itu amat bertentangan dengan apa yang dipelajari di sekolah, mahupun universiti suatu ketika dahulu.

Jika ‘kaum orang utan dan harimau’ boleh bermesyuarat, sudah pasti manusia akan menjadi musuh utama mereka.

Minggu lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa, di Malaysia jika manusia nampak orang utan, haiwan itu akan bunuh manusia terlebih dahulu, bukan manusia bunuh orang utan.

Di Malaysia, kawasan pemuliharaan orang utan terletak di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Hidupan Liar Matang di Sarawak serta Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok di Sandakan, Sabah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Zolkipli Mohamad Aton, hakikatnya orang utan bersifat introvert, pemalu dan hanya cenderung duduk serta melihat manusia.

Disebabkan sifat itu, beliau percaya orang utan tidak akan menyerang manusia, malah tidak mungkin cuba mengejar manusia kerana orang utan terlalu sibuk meneruskan kehidupan.

Beralih kepada kisah pak belang, Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah berkata, pembalakan di Kelantan tidak menjejaskan populasi harimau diambil berdasarkan kajian seorang pakar dari Sarawak.

Menurutnya, bila ada pembalakan akan ada tumbuhan baharu yang boleh menarik perhatian haiwan seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut. Maka, kedatangan kancil akan menjadi sumber makanan buat harimau dan situasi itu memudahkan harimau mendapatkan sumber makanan berbanding kawasan hutan tebal.

Hutan habitat semula jadi harimau tetapi manusia yang rakus merobek khazanah alam hingga ‘kampung harimau’ pun hendak dikebas. Ingatlah, Tuhan menciptakan bumi untuk dikongsi antara manusia, haiwan, tumbuhan dan alam.

Muafakat Nasional tiada hala tuju

in Wawancara by

Muafakat Nasional tiada hala tuju

WAWANCARA EKSKLUSIF

Benarkah dakwaan mengatakan bahawa Muafakat Nasional (MN) semakin terkubur?

Bagaimana dengan pendirian Pas yang sebelum ini dilabel sebagai ejen pendamai UMNO-Bersatu. Apa susah jadi?

Semua ini dan banyak lagi persoalan bakal dikupas dalam Wawancara Eksklusif bersama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki di semua platform digital Sinar Harian.

#SinarHarian #WawancaraEksklusif

Rosak hutan, lenyaplah flora dan fauna

in Lidah Pengarang by

ISU pembalakan di hutan Semenanjung Malaysia semakin panas akhir-akhir ini sehingga mengundang kemarahan rakyat. Rata-rata marah apabila melihat khazanah alam berusia ratusan tahun itu dijarah tanpa henti sehingga memberi kesan kepada habitat di sekitarnya.

Dalam pada kemarahan mereka masih membara, muncul pula isu baharu yang turut mengancam kelestarian hutan.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan satu sindiket menjual hutan simpan kekal dilaporkan wujud di Gua Musang, Kelantan. Sindiket dikesan menyelinap masuk ke hutan simpanan kekal dan meneroka rizab tersebut dengan menukarnya kepada kawasan penanaman kelapa sawit dalam keluasan tertentu.

Ia jelas menunjukkan negara kita sedang berdepan krisis kemusnahan hutan yang serius. Kalau dibiarkan dan diambil ringan, lebih bayak lagi khazanah alam alam milik negara akan dijarah oleh mereka yang rakus.

Oleh itu, kerajaan harus segara melaksanakan satu pelan khusus bagi melindungi dan memelihara hutan di negara ini. Undang-undang sedia ada perlu ditambah baik manakala hukuman dikenakan kepada pesalah perlu ditingkatkan.

Dalam masa sama, kerajaan perlu bertegas dengan menghentikan terus aktiviti pembalakan, sekali gus mengharamkannya daripada berlaku di muka bumi Malaysia ini.

Lihat sahaja Norway, kecintaan mereka terhadap alam sekitar menyebabkan negara itu mengambil keputusan menghentikan serta-merta aktiviti pembalakan. Negara tersebut juga enggan mengimport, mengeksport atau menggunakan mana-mana produk yang menyumbang kepada aktiviti pembalakan.

Menurut laporan The Global Forest Goals Report 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Semasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hutan adalah rumah kepada 80 peratus spesies haiwan dan sumber kepada 75 peratus air bersih di muka bumi.

Ini bermakna, merosakkan atau meneroka hutan tanpa henti akan menyebabkan flora dan fauna pupus serta memusnahkan kawasan tadahan air.

Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memelihara anugerah ALLAH yang tidak ternilai itu demi kebaikan bersama.

Ketidakstabilan politik bukan punca PRN Johor

in Wacana by
Dari kiri atas: Ismail Adnan, Mohd Fared dan dari kiri bawah, Faezuddin dan Mujibu semasa Wacana Sinar edisi ke-319 yang bertajuk PRN Johor: Untuk Rakyat Atau Siapa ? yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.
Mohd Fared

SHAH ALAM – Ketidakstabilan politik bukan punca pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fared Khalid berkata, PRN dilakukan adalah disebabkan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri untuk membubarkan DUN atas kegelongsoran yang berlaku di negeri itu.

“Faktor PRN berlaku adalah bukan dari sebab ketidakstabilan politik.

PRN kali ini bukan disebabkan aksi politikus.

Sultan Johor sendiri beri perkenan.

“Apabila baginda sendiri perkenan, bermaksud ada isu besar sendiri yang Sultan Ibrahim izinkan untuk PRN berlaku,” katanya dalam Wacana Sinar edisi ke-319 yang bertajuk PRN Johor: Untuk Rakyat Atau Siapa ? yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

**media[1428174]**

Pada 22 Januari, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, menghadap Sultan Johor bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada jam 5 petang Sabtu.

Satu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, sepanjang pentadbiran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14, dari sudut ekonomi, Johor telah jatuh ke kedudukan ke enam dalam negara.

“Bahkan Johor sebelum ini kuasa besar iaitu nombor dua dalam Malaysia.

Apakah faktor yang menyumbang kepada kegelongsoran pelaburan dalam Negeri Johor?

Sudah pasti pelabur tidak akan masuk kalau Johor keadaan ini tidak stabil,” ujarnya.

Mengulas mengenai ketamakan UMNO untuk menguasai negeri tersebut, beliau berkata, PRN diadakan bukan sahaja peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi, malahan ia terbuka kepada semua parti.

“Sebenarnya kenapa takut PRN berlaku? Betul ke UMNO akan menang?

Kalau fikir secara logik akal, ia beri peluang kepada seluruh parti politik dalam Johor khasnya,” katanya.

PRN Johor: Untuk rakyat atau siapa?

in Wacana by

Johor menjadi negeri seterusnya akan menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas Sabah, Melaka dan Sarawak, sebelum ini.

Bagaimanapun pelaksanaan PRN Johor tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRN perlu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Hal itu menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN.

Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 319 SEKARANG di semua platform media sosial kami:

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#JohorPilihSiapa

#MehOrangJoho

#PRNJohor

1 2 3 70
Kembali UTAMA