‘001’ cipta sejarah menang Anugerah Golden Globe

in Global by

OH YOUNG-SOO mencipta sejarah sebagai bintang Korea pertama memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Ahad.

Pelakon berusia 79 tahun itu menang untuk wataknya Oh Il-nam atau lebih dikenali sebagai Player 001 dalam siri televisyen terbitan Netflix, Squid Game.

Young-Soo berjaya menewaskan calon-calon lain seperti Brett Goldstein untuk wataknya dalam siri Ted Lasso, Billy Crudup dan Mark Duplass dalam The Morning Show dan Kieran Culkin dalam Succession.

Anugerah Golden Globe ke-79 diadakan tanpa pengacara, penonton dan sebarang penstriman langsung berikutan boikot industri serta kontroversi mengelilingi Hollywood Foreign Press Association.

Senarai pemenang diumumkan menerusi akaun rasmi media sosial Golden Globes. – Awani