Covid-19: Lagi 18 kematian baharu dilaporkan

in Koronavirus by

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,696 orang, daripada 2.78 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 2 daripada 18 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,742 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 32,517 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,583 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,389 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes icu membabitkan 147 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 106 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani