Covid-19: Perancis catat kadar kemasukan ke hospital yang tinggi

in Global by

PARIS – Perancis catat peningkatan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital kesan penularan varian Omicron.

Setakat Isnin, 22,749 individu dirawat di hospital, kadar tertinggi sejak April 2021.

Menurut Menteri Kesihatan, Olivier Veran, walaupun tidak menyebabkan komplikasi serius, sifat varian Omicron yang mudah menular menyebabkan kadar kemasukan ke hospital meningkat.

Kementerian Kesihatan Perancis melaporkan 94,000 kes baharu pada Isnin.

Kadar ini meletakkan purata kes jangkitan seminggu kepada 269,614 kes.

Sementara kadar rawatan pesakit di ICU meningkat ke 3,904 pesakit, yang tertinggi sejak Mei tahun lepas. – Awani