PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

January 2022 - page 64

[SHORTS] Beri pilihan dan peluang kepada bakal jemaah umrah

in Video Shorts by

WACANA SINAR 315, 4 JANUARI 2022

Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 315 bertajuk `Sekat umrah, antara logik, diskriminasi atau nyawa?‘ bersama Pengerusi VCEE19 , Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

https://fb.watch/ak5374Fk_U/

Muzik: www.bensound.com

#WacanaSinar #RakyatJagaRakyat #SinarUntukMalaysia

Gintell buka bilik pameran ke-105 di Malaysia

in Bisnes by

SHAH ALAM – Pembekal terkemuka dalam pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia, Gintell telah membuka bilik pameran baharunya yang ke-105 di Malaysia yang terletak di pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil pada akhir Disember lalu.

Gintell dalam satu kenyataan berkata, bilik pameran itu dilengkapi dengan pelbagai rangkaian produk termasuk kerusi urut, peralatan kecergasan seperti treadmill dan basikal kecergasan serta alat urut mudah alih.

“Sempena promosi tahun baru, Gintell juga menawarkan rebat sehingga 55 peratus untuk semua rangkaian produk. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada pelanggan menikmati promosi menarik untuk kerusi urut, siri kecergasan seperti treadmill dan basikal kecergasan, juga tukang urut mudah alih,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, antara tetamu yang hadir pada perasmian pembukaan bilik pameran itu ialah Duta jenama Gintell, Amber Chia dan Datuk Jalaluddin Hassan, manakala duta Gintell Live, Umance, dan personaliti televisyen tetamu khas Malaysia, Gan Jiang Han.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak; Pengawal Kewangan Kumpulan Gintell, Jordan Wong; Pengurus Besar Gintell, John Low dan Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Gintell, Terrence Chang.

Selain itu, Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong dan Pengurus Besar, Kewangan Regal Path Sdn Bhd, Michelle Teoh hadir untuk menyaksikan bersama semasa upacara pemotongan riben perasmian Gintell.

Menurut kenyataan itu, Gintell juga memperkenalkan kerusi urut kesihatan, Gintell S5 Superchair, kerusi urut terbaru siri ‘S’ memberikan pengalaman urut yang baharu.

“S5 Superchair dilengkapi dengan teknologi urutan tangan Ai-R dan dilengkapi dengan teknologi Airbag Rollerball yang tercanggih di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Suntikan fiskal tambahan diperlukan bantu mangsa banjir: Penganalisis

in Bisnes by

BAGI membantu mangsa banjir terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Malaysia perlukan suntikan fiskal tambahan sebagai pelaburan yang perlu bagi masa depan rakyat dan negara, kata seorang penganalisis.

“Tetapi ingat, jangan anggap ini sebagai perbelanjaan tetapi anggap ia sebagai pelaburan,” kata penganalisis ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (Inceif), Profesor Madya Bahrom Abdul Hamid.

Beliau percaya, kajian menyeluruh mengenai cara-cara bagaimana kerajaan boleh melakukan lebih lagi usaha untuk membantu perniagan mikro dan nano adalah diperlukan.

Menurutnya, peruntukan RM30 juta bagi Pinjaman Pemulihan Banjir menerusi Tekun Nasional akan dapat banyak membantu.

Mengenai pinjaman mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM33 juta yang telah diluluskan, beliau berkata, ia adalah baik tetapi kerajaan perlu mengambil langkah lebih agresif lagi untuk membantu rakyat mencari tempat tinggal terlebih dahulu.

Beliau berkata, fokus utama apabila pulih daripada bencana alam adalah reka bentuk dan persediaan tempat untuk tinggal manakala pembiayaan mikro boleh disediakan kemudiannya kelak.

“Kerajaan perlu menyediakan penempatan sementara atau kekal terlebih dahulu kerana mereka yang terjejas tidak mempunyai sebarang sumber ekonomi untuk malahan meneruskan hidup,” katanya pada program The Brief Bernama TV pada Selasa.

Menurutnya, bantuan perlu dimulakan dengan kemudahan asas terlebih dahulu seperti rumah, infrastruktur seperti jalan raya dan suntikan tunai sebelum menyediakan bantuan pembiayaan.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah RM33 juta daripada RM93 juta permohonan pinjaman mikro BSN bagi isi rumah diluluskan sehingga 1 Januari 2022. Bantuan pinjaman mikro itu dilancarkan pada 27 Disember 2021 bagi pemulihan ekonomi pasca banjir.

Bahrom juga berharap rakyat akan bersama-sama berganding bahu membantu antara satu sama lain untuk pulih daripada pandemik dan juga bencana banjir yang menjejaskan pusat aktiviti ekonomi di Malaysia, iaitu Selangor dan Lembah Klang. – Bernama

Richiamo Coffee buka cawangan ke-70

in Bisnes by

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd, pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee membuka cawangannya yang ke-70 di Bangunan Canseleri Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam di sini pada Selasa.

Pembukaan cawangan terbaharu itu turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM, Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah berkata, cawangan ke-70 itu dikendalikan oleh AAA Coffee Shop iaitu syarikat yang mengendalikan dua cawangan lain dalam kampus UiTM Puncak Alam sebelum ini.

“Bagi pihak Richiamo Coffee, saya berterima kasih di atas peluang dan kesempatan yang diberikan oleh UiTM yang membenarkan kami bertapak di sini.

”Selain dua cawangan di Kampus UiTM Puncak Alam, Richiamo Coffee juga telah beroperasi di Hospital UiTM di kampus tersebut dan menjadikan tiga cawangan kami di Kampus UiTM Puncak Alam baru sahaja beroperasi pada bulan Oktober, November dan dua minggu lepas,” katanya di sini pada Selasa.

Pada majlis perasmian tersebut, Richiamo Coffee melalui AAA Coffee Shop turut menyerahkan sumbangan untuk Tabung Cakna OKU UiTM.

Richiamo Coffee merupakan jenama tempatan milik bumiputera 100 peratus memulakan operasinya sejak tahun 2015. Kini, Richiamo Coffee telah melebarkan sayapnya ke seluruh negeri di tanah air.

Muhammad Zamry berkata, untuk tahun ini, beberapa lagi cawangan baharu akan dibuka.

Dalam pada itu, beliau berkata, Richiamo Coffee juga mewujudkan kerjasama dengan UiTM dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bagi memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) di institusi pengajian terbabit.

“Projek ini merupakan yang pertama seumpamanya di institusi pengajian tinggi di negara ini untuk golongan OKU, kami membuka tiga cawangan Richiamo Coffee dengan kerjasama Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO) sebagai rakan strategik rasmi,” katanya.

Menurut Muhammad Zamry, pihaknya telah berbincang dengan UPO dan bersetuju untuk menyediakan 40 peratus pekerja sepenuh masa atau separuh masa adalah OKU dan B40.

Sebagai permulaan katanya, sehingga 30 Oktober 2021, tiga OKU sedang bekerja di Richiamo Coffee, Attijarah UiTM Puncak Alam.

Beliau menambah, modul latihan telah diwujudkan oleh UPO UiTM bagi mempersiapkan pekerja-pekerja bukan OKU menerima rakan OKU bekerja di bawah satu bumbung.

“Sebagai menyokong langkah ini, Richiamo Coffe juga bersetuju untuk menyumbang sejumlah peratus keuntungan daripada ketiga-tiga cawangan di Kampus UiTM itu ke Tabung Cakna OKU UiTM bagi tujuan pemerkasaan dan kebajikan OKU di institusi terbabit,” ujarnya.

Beliau menambah, latihan percuma kepada para pekerja OKU dan B40 turut diberikan di semua cawangan di Kampus UiTM itu selain berpeluang untuk mengembangkan karier di seluruh cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara.

Malah, ujar beliau jika kerjasama ini berjaya ia boleh membuka peluang melalui latihan keusahawan mahasiswa OKU UiTM sebagai pengusaha dan pemilik Richiamo Coffee pada masa depan.

1 62 63 64 65 66 69
Kembali UTAMA