TSG dominasi podium GP Gundogmus di Turki

in Sukan by

TIGA pelumba Terengganu Polygon Cycling Team mempamerkan kayuhan sensasi selepas masing-masing meraih kedudukan podium Grand Prix (GP) Gundogmus di Turki pada Ahad.

Dalam perlumbaan sejauh 107 kilometer (km) itu, pelumba dari Ukraine, Anatoliy Budiak muncul juara selepas menamatkan kayuhan dengan catatan masa dua jam 38 minit 29 saat (s).

Rakan sepasukannya, Metkel Eyob dari Eritrea pula berada di tempat kedua dipisahkan lima saat dengan Anatoliy.

Sementara tempat ketiga diraih Jambaljamts Sainbayar dari Mongolia yang menamatkan kayuhan dengan catatan masa 2:38:51s. – Bernama