FAM umum senarai akhir 25 pemain ke Singapura

in Sukan by

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Isnin mengumumkan senarai akhir 25 pemain skuad Harimau Malaya yang akan mengharungi cabaran Siri Tiga-Negara FAS di Singapura, bermula Rabu ini.

FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, sebelum ini 30 pemain disenaraikan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon untuk kem latihan pusat, hanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari tidak dapat melapor diri selepas meminta pengecualian kerana menyambut kelahiran cahaya mata kembar tiga.

Syahmi digantikan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, manakala pemain naturalisasi Dion Cools dan Liridon Krasniqi akan terus melapor diri di Singapura nanti.

Penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok pula hadir melapor diri pada 14 Mac namun terpaksa digugurkan selepas positif ujian COVID-19, sekali gus tempatnya digantikan pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya.

Dalam pada itu, dua lagi pemain digugurkan semasa kem latihan pusat berlangsung membabitkan pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor yang mengalami kecederaan pangkal paha dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang disahkan positif COVID-19.

Baki tiga lagi pemain yang tidak dibawa ke Singapura melibatkan pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah, Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC) dan Shio Hong Wan (JDT).

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada Rabu ini dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.

Berikut 25 nama pemain yang akan beraksi dalam Siri Tiga-Negara FAS di Singapura. – Bernama

Bilangan Pemain Pasukan

1. Mohd Farizal Marlias Johor Darul Ta’zim FC

2. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak Johor Darul Ta’zim FC

3. Shahrul Mohd Saad Johor Darul Ta’zim FC

4. Corbin-Ong La’Vere Lawrence Johor Darul Ta’zim FC

5. Mohamed Syamer Kutty Abba Johor Darul Ta’zim FC

6. Safiq Rahim Johor Darul Ta’zim FC

7. Arif Aiman Mohd Hanapi Johor Darul Ta’zim FC

8. Muhammad Safawi Rasid Johor Darul Ta’zim FC

9. Muhammad Akhyar Abdul Rshid Johor Darul Ta’zim FC

10. Mohamadou Sumareh Johor Darul Ta’zim FC

11. Muhammad Ramadhan Saifullah Usman Johor Darul Ta’zim FC

12. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid Selangor FC

13. Quentin Cheng Jiun-Ho Selangor FC

14. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi Petaling Jaya City FC

15. M Kogileswaran Raj Petaling Jaya City FC

16. Khair Muhammad Jefri Jones Negeri Sembilan FC

17. Ahmad Khuzaimi Piee Negeri Sembilan FC

18. Mohamad Faisal Abdul Halim Terengganu FC

19. Muhammad Syafiq Ahmad Kedah Darul Aman FC

20. Dominic Tan Jun Jin Sabah FC

21. Muhamad Nor Azam Abdul Azih Sri Pahang FC

22. Luqman Hakim Shamsudin KV Kortrijk

23. Dion-Johan Cools SV Zulte Waregem

24. Liridon Krasniqi Odisha FC

25. Zhafri Yahya Kuala Lumpur City FC