PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

April 2022

SINAR PM: Pas tolak khemah besar gara-gara ‘tikus’, ‘kucing’

in Sinar PM by

SINAR PM: Pas tolak khemah besar gara-gara ‘tikus’, ‘kucing’

Baca artikel penuh di: https://bit.ly/3rZuhCX

SINAR PM 29 APRIL 2022

  • Kerajaan garis langkah atasi harga rumah mahal
  • MEF rayu kebenaran khas guna khidmat pelarian, pekerja tanpa dokumen
  • Malaysia masuk fasa endemik Julai ini?
  • Ayuh Rimau Muda pamerkan belangmu…
  • Muzik: www.bensound.com

    #SinarHarian #SinarPM #Pas #Covid-19 #endemic #DemiMalaysia

    MALBATT 850-9 sertai World #QuranHour di Lebanon

    in WacanaQuran by

    SHAH ALAM – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-9 buat julung kali menganjurkan World #QuranHour: Dunia Bersujud di Lebanon pada 26 April lalu.

    Seramai 854 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkhidmat di bawah Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diketuai oleh Komander Kontinjen MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin.

    Menurut Megat Maz Ardi, mereka menggalas tugas sebagai Pengaman UNIFIL dengan komited dan progresif berpandukan mandat yang diamanahkan selama setahun di sana.

    Beliau berkata, program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal merupakan platform terbaik untuk menggalakkan umat Islam untuk membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya dengan lebih baik.

    “Al-Quran adalah penting untuk mengingatkan diri kita kepada ALLAH SWT. Ia memberi ketenangan jiwa dengan membaca Kalam ALLAH SWT. Program tersebut secara langsung memberi peluang untuk kita bertadarus di bulan ini.

    “Selain itu, Ramadan juga mengingatkan kita kepada peristiwa Perang Badar dan peperangan lain yang disertai oleh Rasulullah SAW, di mana ALLAH SWT membantu tentera Islam yang taat kepada ALLAH SWT dan Baginda SAW.

    “Ini menjadikan kami lebih kuat dan bersemangat ketika berada di medan perjuangan kerana kita percaya dengan pertolongan ALLAH SWT. Kami juga teruja berkhidmat di bumi Lebanon, Bumi Anbiya’,” ujarnya.

    Ditanya bagaimana perasaan bekerja di perantauan, beliau dan rakan seperjuangan tidak menafikan perasaan pilu apabila tidak dapat beraya bersama keluarga.

    “Namun keluarga memahami kami yang bertugas demi negara.

    “Pesan kami kepada keluarga, jaga diri dan kesihatan yang baik, memandu kereta dengan penuh berhemah dan berhati-hati. Makan ketupat dan kuih-muih jangan lupa kami jauh di perantauan,” katanya.

    Tapir, haiwan yang kurang diberi perhatian

    in Lidah Pengarang by

    TIDAK ramai yang sedar bahawa Hari Tapir Sedunia disambut pada 27 April lalu dan penulis percaya tidak ramai juga yang tahu bunyi sebenar haiwan berkenaan.

    Apakah faktor mendorong tapir kurang diberi perhatian. Adakah ia sejenis haiwan yang low profile atau tiada siapa peduli kerana rupa parasnya kurang menawan?

    Ia mungkin kurang diberi perhatian kerana tapir biasanya hidup bersendirian, pemalu dan suka mengelak dari ditemukan serta mempunyai jangka hayat selama 30 tahun.

    Di Malaysia, kita mempunyai Tapir Malaya. Ia bagaimanapun kian diancam kepupusan dan jumlahnya pada hari ini dianggarkan kurang daripada 1,000 ekor. Ia satu-satunya spesies tapir di Asia dan dikategorikan sebagai spesies terancam dan kebanyakan populasinya wujud dalam kawasan yang dilindungi dalam hutan.

    Seperti dilaporkan Sinar Harian baru-baru ini, bilangan Tapir Malaya di negara ini amat membimbangkan sehingga mencetuskan persoalan adakah haiwan yang turut dikenali sebagai tenuk, cipan, Badak Tampung, Badak Tuli dan Badak Murai ini mengalami nasib sama seperti Badak Jawa dan Badak Sumatera yang pupus dalam negara?

    Lebih menyedihkan, selain menjadi mangsa pemburu haram, Tapir Malaya juga sering menjadi mangsa kemalangan.

    Kekurangan maklumat tentang biologi dan ekologinya, pemencilan habitat, kurang kesedaran rakyat terhadap pemuliharaan dan strategi kurang mantap dalam memulihara tapir juga antara faktor menyumbang kejatuhan populasi Tapir Malaya.

    Usaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia untuk terus mempergiatkan usaha konservasi in-situ Tapir Malaya harus diberi pujian.

    Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, antara langkah-langkah berkaitan adalah dengan mengukuhkan perlindungan habitat dan koridor ekologi dan melaksanakan inventori.

    Takiyuddin berkata, usaha tersebut akan terus diperkasakan melalui penubuhan Pusat Konservasi Tapir di Kenaboi, Negeri Sembilan yang dijangka siap pada tahun 2025.

    Semoga usaha ini akan mengelakkan haiwan berkenaan daripada terus pupus.

    Bilakah masalah scammer nak selesai?

    in Lidah Pengarang by

    SETIAP hari ada sahaja isu penipuan dalam talian, Macau Scam dan Love Scam yang menjadi laporan berita atau perbualan, namun penguatkuasaannya nampak lemah.

    Kadangkala terfikir, kenapa terlalu sukar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku kerana bukan sedikit kerugiannya, bahkan melibatkan jutaan ringgit.

    Lebih malang lagi, sasaran mereka adalah individu dalam kalangan berusia atau warga emas yang merancang menyimpan wang untuk tempoh persaraan kelak.

    Terbaharu melibatkan seorang ibu berusia 70-an yang kerugian lebih RM70,000 selepas terpedaya dengan scammer yang mengeluarkan dana simpanan Tabung Haji disimpan sejak muda lagi.

    Ada juga kes seorang guru kerugian lebih RM7.3 juta angkara Macau Scam.

    Tidak kena memang tidak terasa tetapi sudah terlalu banyak, malah ribuan kes dilaporkan media, namun penyelesaiannya amat berkurangan.

    Sama ada pihak berkuasa tidak mengambil berat dan mengambil mudah atau kerenah birokrasi yang menjadi halangan untuk menyelesaikan kes dengan lebih cepat. Betul, siasatan dan pendakwaan ada caranya dan bukan sembarangan tetapi sampai bila kita hendak menunggu.

    Belum nampak tanda-tanda masalah itu akan berakhir. Jangan sampai penjenayah kolar putih menjadikan penipuan sebagai satu perniagaan. Ada antara mereka juga menjadikan kelompangan undang-undang sebagai strategi untuk penjenayah mengaut keuntungan.

    Sebenarnya, masalah utama telah dikenal pasti iaitu kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada yang menjadi isu pokok tetapi masih belum ada usaha ke arah itu.

    Ahli Parlimen selaku penggubal undang-undang perlulah main peranan, bersatu untuk gubal dan perbaiki peruntukan undang-undang jenayah penipuan seiring dengan peredaran teknologi semasa bagi memberi lebih kuasa kepada pihak polis, sekali gus memastikan hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku terlibat.

    Seperti kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, peruntukan undang-undang sedia ada kurang berkesan dalam menangani jenayah penipuan dalam talian. Jadi ayuh kita bersama. Jangan asyik fikir masalah politik sahaja. Tolonglah selesaikan masalah rakyat juga.

    Kawal isu penipuan pakej haji

    in Wacana by
    Harun

    SHAH ALAM – Kerajaan perlu memperketat kawalan bagi mengekang penipuan berkaitan pakej haji yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang tidak mendapat Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

    Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harun K C Ahmmu berkata, hal melibatkan pengelolaan jemaah haji hendaklah melalui TH dan syarikat yang dilesenkan oleh lembaga itu.

    “Jadi di sinilah perkara yang perlu dilihat kembali oleh kerajaan bagaimana tahap kawalan yang perlu dibuat, bagaimana nak menguatkuasakan AktaTabung Haji 1995 yang telah digubal di Parlimen.

    “Ini kerana akta tersebut adalah untuk kepentingan awam. Jadi, kerajaan perlu tengok perkara ini, segala isu pengelolaan haji hendaklah melalui TH dan syarikat yang dilesenkan oleh lembaga tersebut.

    “Dengan itu, akan ada kawalan dan tidak ada isu penipuan sebab kalau tengok pada sejarah, selama pihak TH melesenkan syarikat ini, tidak ada isu penipuan yang berlaku. Yang berlaku hanya di luar, iaitu syarikat yang tidak dilesenkan oleh TH,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-341 yang bertajuk ‘Kos Haji Meningkat, Masih Ada Subsidi’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

    Turut menjadi panelis, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff manakala Ismail Adnan selaku moderator.

    Mengulas lanjut, Harun berkata, kerajaan telah menyediakan mekanisme untuk menjaga kepentingan awam melalui Akta Tabung Haji 1995 yang hanya membenarkan syarikat pelancongan yang diberikan lesen PJH untuk mengelola jemaah haji.

    “Kita diberi syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi. Memang peraturannya begitu ketat, tetapi kita perlu ingat bahawa ia adalah untuk mensejahterakan kepentingan awam.

    “Mekanisme kita memang dah hebat dan bagus. Tetapi masih ada pihak yang tidak mendapat lesen daripada TH cuba melaluinya dan cuba mengelola haji.

    “Jadi saya berharap kerajaan perlu melihat perkara ini kerana apabila sebut ibadah haji, setiap umat Islam ingin pergi menunaikan fardu tersebut.

    “Apatah lagi dengan keadaan kuota yang terhad sekarang. Yang nak pergi ramai, tiba-tiba ada pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pelbagai pakej seperti menjanjikan visa, tetapi akhirnya ramai yang tidak dapat pergi dan duit yang dibayar hilang,” jelas beliau.

    Pengurusan kewangan TH baik, tidak gagal agih keuntungan

    in Wacana by
    Syed Saleh (atas, kanan) pada program Wacana Sinar edisi ke-341 yang bersiaran secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
    Syed Saleh

    SHAH ALAM – Dakwaan sesetengah pihak yang menganggap pengurusan wang simpanan pendeposit Tabung Haji (TH) tidak diuruskan dengan baik adalah tidak benar.

    Pengerusi Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, setakat ini agensi itu tidak pernah gagal mengagihkan keuntungan hasil daripada pelaburan dan perniagaan kepada para pendeposit seluruh negara.

    “Apabila seseorang itu menyimpan wang di TH, niat mereka adalah untuk melaksanakan ibadah haji dan sudah tentu mahukan simpanan yang selamat, dapat menyimpan sedikit demi sedikit dan akhirnya mempunyai cukup wang untuk tunaikan ibadah berkenaan.

    “Nak kata adakah TH tidak menguruskan (wang simpanan pendeposit) dengan baik, saya lihat belum pernah agensi ini gagal dalam memberi sebarang agihan keuntungan atau dahulunya dipanggil sebagai hibah.

    “Justeru saya rasa agak kurang tepat apabila ada yang mengatakan TH gagal dalam menguruskan kewangan kerana pendeposit yang mengeluarkan simpanan, mereka dapat duit itu dan tidak perlu tunggu sehingga dua bulan untuk dapatkan duit simpanan,” katanya pada program Wacana Sinar edisi ke-341 bertajuk ‘Kos haji meningkat, masih ada subsidi?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

    Turut menjadi panelis adalah Penganalisis Ekonomi, Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif dan Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harun K C Ahmmu manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

    **media[1677597]**

    Mengulas lanjut Syed Saleh menjelaskan, TH telah melaksanakan pengurusan kewangan dan pelaburan perniagaannya dengan baik dan dibuktikan dengan pengagihan keuntungan yang konsisten setiap tahun.

    Malah katanya, terdapat juga pendeposit yang masih kekal menyimpan dengan TH selepas menunaikan haji hanya untuk mendapat pulangan berikutan agensi itu membayar zakat bagi pihak pendeposit dan simpanannya.

    “Namun jangan kita lupa bahawa sumber hasil keuntungan daripada pelaburan dan perniagaan TH sebahagiannya telah disalurkan kepada bantuan kewangan haji.

    “Pada tahun lalu bantuan kewangan haji mencecah sehingga RM400 juta, justeru kita kena fikir dari segi model, TH ditubuhkan oleh kerana (ibadah) haji dan telah menyalurkan bantuan kewangan menerusi 123 cawangan (TH) yang turut melibatkan kos.

    “Dalam masa sama TH turut buat pelaburan dan sudah ada pelbagai panel dan comity yang melihat kepada tadbir urus dan sebagainya,” ujarnya.

    1 2 3 158
    Kembali UTAMA