MR D.I.Y tawar harga istimewa lebih 200 barangan keperluan hari raya

in Bisnes by

SHAH ALAM – MR D.I.Y Group (M) Berhad (MR. D.I.Y) menyediakan lebih 200 barangan keperluan hari raya dengan harga istimewa menerusi kempen ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’ yang diadakan bermula 1 April sehingga 8 Mei 2022.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, kempen itu menawarkan hiasan indah untuk digantung, pelbagai barangan dekorasi seperti pelekat dinding, lampu pelita untuk mereka yang gemar akan gaya tradisional dan lampu LED bagi yang meminati sentuhan moden.

“MR D.I.Y juga menawarkan pelbagai barangan hiasan rumah untuk menaikkan seri ruang tamu dan ruang hiburan dengan rekaan baharu kusyen, karpet lantai, alas meja, kotak tisu, sejadah, pasu dan pinggan mangkuk.

“Salah satu tarikan utama adalah tawaran istimewa untuk langsir dan karpet lantai, dengan diskaun melebihi 30 peratus. Pelanggan boleh membeli langsir pada harga RM21.90 dan karpet lantai dengan hanya RM16.90 sahaja,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, MR D.I.Y sedar bahawa dua tahun sebelum ini amat mencabar buat semua rakyat Malaysia.

“Mereka tidak dapat melakukan amalan tradisi hari raya seperti mengunjungi bazar Ramadan, menghadiri majlis buka puasa dan rumah terbuka bersama sanak saudara dan rakan-rakan, dan sudah tentunya, tidak dapat pulang ke kampung.

“Tambahan pula, kebanyakan kos produk-produk yang digunakan untuk perayaan ini telah meningkat.

“Dengan semangat ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’, kami telah mengatur rangkaian khas barangan keperluan perayaan yang ‘Always Low Prices’, menjadikan ia mudah didapati oleh rakyat dan mengurangkan beban perbelanjaan mereka di musim perayaan ini,” katanya.

Selain promosi ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’, pelanggan yang membelanjakan minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima sampul duit raya (empat keping) percuma sementara stok masih ada.

Pelanggan juga boleh membeli beg kitar semula bertema Raya di MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Promosi ‘Raya Serba Baharu’ MR. D.I.Y. diadakan di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. terpilih di Malaysia.