GoInsuran lancar kedai online

in Bisnes by

GOINSURAN telah menceburi perniagaan e-dagang dengan melancarkan kedai rasmi dalam talian (online), kerjasama bersama Shopee.

Dengan kerjasama itu, pengguna di Malaysia boleh membeli baucar eksklusif GoInsuran online dan lebih daripada 24,000 baucar tersedia di Shopee mulai Mac lalu.

Pengarah Urusan Tan Chong Insurance Business Stream, Joshua Yong berkeyakinan kerjasama antara GoInsuran sebagai salah satu platform digital terkemuka di Malaysia dan Shopee membolehkan kedua-duanya meraih pasaran pelanggan yang lebih luas.

“Produk semasa hanyalah permulaan bagi GoInsuran. Kami berusaha merancang untuk menawarkan banyak produk dan perkhidmatan yang menarik serta sedia untuk dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Yong berkata, kerjasama itu dijangka membawa per-tumbuhan digital strategik baharu yang bakal meningkatkan industri e-dagang Malaysia dalam ekonomi digital.

Sementara itu, Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, Shopee teruja untuk mengalu-alukan GoInsuran, salah satu platform digital yang dipercayai oleh rakyat Malaysia di Shopee.

“Pelanggan dialu-alukan untuk membeli produk dan perkhidmatan GoInsuran dengan tawaran yang menarik buat masa ini. Kami akan sentiasa bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan antara Shopee dan GoInsuran,” katanya.

Layari www.shopee.com.my/goinsuran_os untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan terkini GoInsuran.

Sebagai alternatif, muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.

GoInsuran dicipta oleh anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holding Sdn Bhd (TCMH) pada Disember 2020 untuk memudahkan pengguna jalan raya memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan dalam talian.

Dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memberikan pengalaman mudah dan lancar kepada pelanggan, daripada mendapatkan sebut harga secara percuma sehingga membuat pembayaran melalui pelbagai kaedah secara online.

Platform itu membolehkan pelanggan membandingkan harga insurans kenderaan daripada syarikat-syarikat insurans terkemuka di Malaysia sekali gus dengan serta-merta dan memastikan pelanggan diberi pelbagai pilihan membeli insurans.