Sharapova hamil anak pertama

in Sukan by

BEKAS pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova pada Rabu, mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama tunangnya yang juga seorang ahli perniagaan British, Alexander Gilkes.

Sharapova, membuat pengumuman berkenaan menerusi laman Instagramnya sempena sambutan ulang tahun kelahirannnya yang ke-35.

Ternyata, pengumuman berkenaan telah berjaya meraih 4.2 juta pengikut.

“Satu permulaan yang cukup berharga buat saya!

“Apabila anda menikmati hidangan kek sempena hari lahir untuk ‘dua orang,’ ia ternyata memberikan satu keistimewaan,” katanya di laman Instagram.

Pada laman Instagram miliknya itu, Sharapova yang turut memuat naik fotonya di tepi pantai sambil tersenyum mempamerkan kehamilannya itu.

Untuk rekod, Sharpova dan Gilkes mengumumkan pertunangan mereka pada Disember tahun lalu.

Sejak mengumumkan persaraannya daripada sukan tenis, bintang tenis Russia itu telah menetap di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini, Sharapova kekal selaku satu-satunya pemain tenis wanita dari Russia yang memenangi gelaran Grand Slam.