Imigresen tingkat kawalan, aktifkan sistem amaran

in Berita Semasa by

BERITA SEMASA 21 APRIL 2022

Jabatan Imigresen Malaysia mempertingkatkan pengawasan serta-merta di dua Pusat Latihan Khidmat Negara yang dijadikan depoh tahanan sementara bagi pelarian, lapor wartawan Sinar Harian Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Ia susulan kejadian 528 orang tahanan Rohingya yang melarikan diri daripada pusat tahanan Sungai Bakap.

Sehingga jam 6.10 petang, seramai 385 tahanan berjaya ditahan semula, jumlah tersebut merangkumi 183 lelaki, 73 wanita, 62 kanak-kanak lelaki dan 59 kanak-kanak perempuan.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa