5,899 kes baharu Covid-19, lima kematian

in Koronavirus by

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan hanya lima kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 35,470.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,509 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak lima orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Putrajaya menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 17 kematian, diikuti Perak dengan 11 dan Kedah (10).

KKM turut merekodkan 5,899 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,415,101.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 52.7 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 31.4 peratus.